Saturday, 21 February 2015

AL-KISAH bermulanya aku.....




بسم الله الرحمن الرحيم 
الحمد الله والصلاة والسلام على النبي المصطفى وعلى آله وأصحابه الذين يتبعون على سبيل الهدى
أما بعد...

Assalamualaikum semua...

Sebelum memulakan "leteran" ini, rasanya masih sempat lagi penulis mengucapkan selamat bercuti kepada semua bersempena Tahun Baru Cina. Hari ini penulis ingin berkongsi sedikit pengalaman belajar sepanjang semester 2 dalam Diploma Syariah Islamiah di MARSAH (sebab penulis sedang "berhibenasi" selama tiga bulan a.k.a cuti sem). Ermm penulis membuat pengakuan bahawa diri ini bukan lepasan mana-mana sekolah agama mahupun sekolah arab atau maahad sehingga penulis berjaya menceburkan diri dalam bidang agama. Di menengah pun, penulis ini hanyalah bersekolah di sekolah menengah biasa (bukan SMKA atau SMA) bergelar pelajar sains tulen (konon dipandang tinggi sangatla kan) di tingkatan 4 dan 5 (tidak mengambil tambahan Bahasa Arab atau Subjek Syariah Islamiah dan lain-lain) dan telah berjaya menduduki SPM pada tahun 2013. Keputusan? Rahsia sudah.... Namun begitu, bidang sains bukanlah hala tuju sebenar penulis kerana penulis lebih cenderung dan berminat kepada bidang agama. After that, mohon la UPU dan memilih beberapa universiti islam yang menawarkan bidang agama. Malangnya, satu pun tidak dapat. Setelah lama berfikir mungkin bagi penulis keputusan SPM penulis "tak laku" bagi mereka sebab tidak tercatat secara zahir mahupun batin perkataan "Bahasa Arab", "Bahasa Arab Tinggi", "Syariah Islamiah", dan "Al-Quran dan Sunnah". Akhir sekali, takdir Allah penulis memohon di tempat penulis belajar sekarang dan Alhamdulillah dapat juga masuk bahkan lebih menyeronokkan penulis dapat bidang Syariah Islamiah (pada asalnya nak masuk bidang Usuluddin hehehe). Terkabul juga hajat di hati hehehe (Pada awalnya dapat Matrik jurusan Sains tapi not my live hehehe).....

Itu mukaddimah saja. Semasa penulis di semester 2, subjek yang menjadi silibus atau sukatan kursus Diploma Syariah Islamiah ialah:
  1. Fiqh Ibadah (فقه العبادات)
  2. Kehakiman dalam Islam (القضاء في الإسلام)
  3. Aqidah Islamiah (العقيدة الإسلامية)
  4. Pengantar Usul Fiqh (المدخل إلى أصول الفقه)
  5. Ulum Al-Quran (علوم القرءان)
  6. Tamadun Islam (الحضارة الإسلامية)
  7. GERKO - Tekonlogi Maklumat 
Semua subjek tersebut menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar melainkan subjek GERKO. . Sepanjang empat bulan lebih ini pelbagai dugaan yang bagi penulis boleh dikatakan mencabar la juga sebab:
  1. Semua tugasan dalam Bahasa Arab (nak buat ayat sendiri tak berapa reti hehehe)
  2. Memahami nota-nota kuliah dan kitab dalam Bahasa Arab
  3. Persembahan power-point dalam Bahasa Arab (Nasib baik leh syarah dalam BM)
  4. Menghafaz sedikit sebanyak dalil daripada Quran mahupun hadis untuk tujuan istidlal sesuatu hukum
  5. Isu gerak kerja dan pesekitaran
  6. Peperiksaan dalam bahasa Arab (walaupun dibenarkan menjawab dalam BM tapi bagi penulis biarlah dalam BA lebih aula hehehe)
Semasa semester 1, boleh dikatakan 95% peratus subjek dalam bahasa Melayu (tapi subjek Bahasa Inggeris I memang la dalam BI kan). Apa....Pointer sem 1??? Macam biasa BIARLAH RAHSIA... Tapi, Alhamdulillah semua pensyarah amat bersedia membantu pelajar untuk memahami satu-satu subjek dan tajuk . Tambahan pula, mereka faham bukan semua pelajar mampu mengusai bahasa Arab dengan baik dan mantap. Walau bagaimanapun, penulis cuba mengatasi setiap masalah itu sedikit demi sedikit tapi penulis masih lagi sangkut di  pada nomobr 5 iaitu isu gerak kerja dan persekitaran (walaupun kena duduk asrama, penulis cabut dudk rumah) dan 6 bab peperiksaan (kita baru habis final sem 2 hehehe). Apabila dikenang kembali, rasa macam....macam...macam.... entahlah bercampur baur. Apa-apa pun doakan penulis dan sahabat penulis mendapat pointer yang baik Insya Allah Amennn!!!! 

Dalam belajar ni, penulis sering teringat kata-kata seorang ulamak (tak silap Imam Muhammad Bin Idris As-Syafie) yang lebih kurang begini, " Jika tidak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan". Boleh kata sentap juga la. Bukan itu sahaja, penulis sering menjadi 2 lagu mengenai Universiti Al-Azhar (entah lagu tema ke lagu apa) yang bertajuk "انا ابن الازهر الحاني"  dan satu lagi tu tak tahu apa tajuknya (ada wajah-wajah masyaikh Al-Azhar yang pertama sampai sekarang) sewaktu menyiapkan tugasan sebagai halwa telinga (Niat penulis nak belajar di Al-Azhar tapi laluan tempat penulis lebih ke Jordan hehehe tengoklah mana-mana nanti yew). Penulis bukan jenis makhluk yang asyik mengadap laptop je ada la juga keluar jalan-jalan makan angin tuk cari ketenangan hehehe (sangat la). Belajar is belajar, main is main. Tapi masa belajar jangan main-main.

Semua orang nak berjaya. Tiada umat pun yang nak melingkup (bahasa kasar kepada "gagal") dalam kehidupan. Justeru itu, langkah menuju kejayaan itu biarlah jelas dan zahir bukan sekadar angan-angan Mat Jenin Alaf Baharu dan samar-samar. Seorang bayi pun tidak akan mampu berjalan andai dia sendiri tak mahu bangun daripada merangkak. Jatuh bangun, sakit lelah itu biasa sebab penghujungnya nanti kemanisan kejayaan dapat dirasa dengan nikmatnya. Penulis bukan nak poyo sebab saya sendiri pun perlu berusaha untuk berjaya bukan sekadar "pandai cakap" bak kata Lan Todak. Apa yang penting, sebagai mahasiswa kita perlu bergerak ke arah cita-cita. Laju perlahan itu atas diri masing-masing asalkan BERGERAK!!! Menurut kajian, kejayaan menusia itu 90% datang daripada usahanya sendiri (usaha + doa + tawakal) dan lagi 10% pertolongan orang lain. Buka iu sahaja, Ibu bapa penulis (Semoga Allah merahmati mereka berdua) tidak terlalu menekan dan lebih bersikap "open minded". Bagi mereka mudah saja, "asal kau boleh bawa sudah".. Hahahah Simple Present Tense.

Andai orang di sekelilling tidak memotivasikan kita, kita perlu cari cara untuk memotivasikan diri sendiri. Penulis amat tersentap dengan quotes daripada Ulamak Islam dan Filosof Yunani mengenai pembentukan sahsiah dan pemikiran. Memang kekadang "makan organ dalaman" juga kalau baca. (Sekali lagi penulis bukan nak poyo atau bajet bagus cuma nak berkongsi saja. Tak wajib pun ikut 100% apa yang ditulis mana-mana yang baik ambil dan yang buruk tinggal).

Oklah, jika mana-mana pembaca yang ingin berkongsi pandangan dan komen korang silalah lemparkan komentar di ruangan yang telah disediakan. Jika terdapat silap dan salah, mohon diperbetulkan yew. Biasalah pucuk muda baru nak naik. Akhir kalam, sampai di sini  sahaja pertemuan kita kali ini, sampai jumpa di lain waktu Insya Allah. 

Sekian, wasalam......









13 comments:

  1. assalamualaikum, nak tnya, macam mana penulis boleh coop dengan environtment yg baru ye.. means, belajar bahasa arab for semua subject?

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam... semuanya bermula dengan minat. Jika kita mahu sesuatu, kita akan melakukan apa sahaja demi mencapai hal tersebut. Jurusan yanng saya ceburi sememangnya sudah menjadu cita-cita saya sejak sekolah. Untuk pengetahuan saudara/ri, penulis ada mempelajari bahasa Arab di peringkat PMR (form 1-3). Sekadar basic jela. Selepas itu, penulis menyambung pelajaran dalam jurusan sains tulen (tanpa menambah subjek bahasa Arab) di peringakat SPM. Dengan ilmu bahasa Arab asas selama tiga tahun itulah penulis cuba untuk "berjinak-jinak" dengan study environment baharu di kolej. Memang tak dapat dinafikan sukatan subjek penulis 95% dalam bahasa Arab tetapi jika kita mahukan sesuatu, maka berusahalah. Nescaya Allah akan memperkenankan dan mempermudahkan. Nothing Impossible Insya Allah. Man Jadda Wa Jada. Wallahu A'lam...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum saudara.
    bolehkah saya bertanya dengan saudara.
    adakah kursus syariah islamiyah ini belajarnya dalam bahasa arab.
    saya mahukan penjelasan.
    ini sebab kerana saya mengambil kursus yang sama seperti saudara.
    harap saudara dapat menjelaskan kepada saya.
    wasalam.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum , maaf laa sya nak tnyaa sikit ney.
    nak tanyaa kat mnaa tmpat awak belajar ney ?
    saya mmng minat dalam syariah islamiah ney.
    tpi tak tau nak smbung mnaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak je uni yg tawarkan kos syariah islamiyah nie...kalau nak diploma bole mintak unisza ke usas ke kuis ke kias ke atau pon kis..tapi kis ni separuh swasta separuh gov la..kalau nak masuk kis bole mohon kat sini http://www.kolejislam.edu.my/index.php?show=10
      KIS ada tawarkan dip. syariah islamiyah..dan utk smbung sarjana muda KIS ada tawarkan ut ke oversea
      tamhidi kat usim pon ade..tapi syariah dan undang undang..

      Delete
  5. Salam..
    Terima kasih utk maklumat..
    Amat membantu..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...saya dari aliran sains tulen mase sekolah...xamik bahasa arab pon..layak x nak masuk course ni? =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam... Boleh... Saya pun science student gak dulu. Yg penting awak kena buat preparation fizikal dan mental hehehe. Mmg saya boleh katakan syariah bukan mudah. Tapi yg penting persediaan. Basic arab paling tidak kena ada sikit. Insya Allah Allah menolong kita. Fighting!

      Delete
  7. Assalammualaikum nak tanyaa.. kalau nak ambik diploma tahfiz al quran, takpe ke kalau takde arab?

    ReplyDelete
  8. salam..menarik blog tq perkongsian menarik...disini akak suke nak share ya..sbb akak jaga program..klau ade dik2 minat nak msuk diploma pendidikan awal kanak-kanak..under UPSI.silakan wsp 011-16930576

    ReplyDelete
  9. Salam nk tanya madah syariah ade tak main kira kira MCM ade yg berkait dengan i

    ReplyDelete
  10. Salam nk tanya madah syariah ade tak main kira kira MCM ade kaitan dengan matematik assif kat atas slh hantar

    ReplyDelete