AL-IMAM AL-AKBAR
MUHAMMAD BIN IDRIS AS-SYAFIE
بسم لله الرحمن الرحيم
إن الحمد لله, ذو العرش المجيد, فعّال لما يريد
أشهد ان لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله
يا رب صل وسلم على خير الأنام سيدنا وحبيبنا ونبينا وقدوتنا محمد وعلى آله من أزواجه وأبنائه وبناته وأقربه وكلهم جميعا وعلى أصحابه المهتدين
أما بعد...
Assalamualaikum semua....
Apa khabar? Sihat? Penulis berharap agar semua sihat-sihat belaka. Lama rasanya (perasaan penulis laaa) jari ini tidak menaip sesuatu untuk tatapan kawan-kawan yang sudi membaca blog budak mentah ni. Terima kasih yeww!!!! Ok lah, terus pada cerita kita. Pada pertemuan kita kali ini, penulis ingin berkongsi mengenai sejarah riwayat hidup seorang tokoh yang banyak memberi sumbangan yang besar untuk Islam iaitu Al-Imam Al-Mujtahid Al-Akbar Muhammad Bin Idris As-Syafie atau lebih dikenali sebagai Imam Syafie رحمه الله. Saja penulis ingin berkongsi tokoh ilmuwan ini buat mereka yang belum mengenali beliau dan dengan perkongsian menjadi pemangkin kepada kawan-kawan untuk menyelusuri perjalanan tokoh-tokoh Islam yang lain. Mana-mana yang sudah mengetahui sejarah Imam Syafie menerusi buku, internet, artikel dan lain, penulis mengucapkan tahniah. Maknanya kalian lebih arif daripada penulis. Justerus itu, sebarang pembetulan daripada pembaca yang dikasih amat saya alu-alukan. Namun begitu, suka penulis mengingatkan sebarang perkongsian di ruangan ini hanya ringkasan sahaja. Jika mahu lebih, seperti biasa:
jalan kaki beli roti,
simpan duit dalam saku,
jangan lupa singgah library,
ada duit lebih belilah buku.

Imam Syafie terkenal dengan sikapnya yang gigih menuntut ilmu pengetahuan sehingga beliau menjadi Imam Besar utama umat Islam di zamannya dan tulisannya menjadi rujukan ulama-ulamak semasa dan selepas beliau. Hal ini dibuktikan apabila Imam Malik (Pengasas Mazhab Maliki) memberi tauliah kepadanya untuk mengeluarkan fatwa di Mekah ketika berusia 15 tahun!!! Subhanallah, seawal usia kita Quran pun masih mengeja lagi!!!! Bukan itu sahaja, beliau mengutip kertas-kertas yang terpakai untuk mencatat setiap ilmu yang disampaikan. Kita??? Segalanya mudah itupun belajar main-main. So, tepuk dada tanya diri kita.....
Ketika berusia 12 tahun, beliau mula menghafaz kitab Muwatta' yang beliau PINJAM daripada seorang penduduk Mekah. Setelah itu, beliau berguru dengan Imam Malik sendiri di Ard Darul Hijrah atau Madinah Al-Munawwarah. Kekuatan ingatan Imam Syafie di kagumi oleh Imam Malik apabila beliau menyoal hafazan hadis kitab Muwatta' kepada Imam Syafie dan Imam Syafie menjawabnya dengan lancar dan tepat beserta sanad dan matan. *(Banyak lagi bukti ketajaman akal Imam Syafie tapi penulis ambil mana yang menarik. Kalau nak lebih, rujuklah buku2 sejarah tokoh Islam).
Beliau telah mengembara di banyak negeri-negeri Islam seperti Madinah, Baghdad, Yaman dan Mesir. Bukan itu sahaja, beliau banyak berguru dengan banyak ulamak-ulamak besar seperti:
- Imam Malik Bin Anas
- Imam Muhammad Bin Hasan As-Syaibani
- Imam Abu Yusuf Al-Qadi
- Imam Sufyan Bin Uyainah
- Imam Muslim Az-Zinji
- Imam Waki' Bin Jarrah
Sepanjang marhalah kehidupannya, beliau banyak memberi sumbangan kepada umat Islam. Antaranya:
- Mengasaskan metadologi atau kaedah dalam menetapkan (mengistinbatkan) hukum-hakam dalam agama.
- Berijtihad mengikut tempat dan suasana hingga terdapat dua qaul (pendapat) yang dikenali sebagai Qaul Qadim (di Iraq) dan Qaul Jadid (di Mesir).
- Menolak kaedah istihsan.
- Tidak menggalakkan penggunaan akal semata-mata dalam berhukum.
- Menolal golonga antihadis.
- Menolak segala bentuk bidaah sayyiah (bidaah yang buruk).
- Mengarang banyak kitab sewaktu hayatnya seperti:
- Kitab Al-Umm (Fiqh)
- Kitab Risalah (Usul Fiqh)
- Musnad Imam Syafie (Hadis)
- Ikhtilaful Hadis (Hadis)
Seorang ulamak Al-Azhar, Syeikh Ali Jumaat (Bekas Mufti Republik Mesir) menyenaraikan beberapa ulamak yang mengikuti mazhab Syafie di dalam kitabnya. Antaranya:
- Imam Yahya bin Syaraf An-Nawawi Ad-Dimsyiqi.
- Imam Abu Ishaq Al-Marwazi.
- Imam Abu Ishaq As-Syairazi.
- Imam Abu Hasan Al-Mawardi.
- Imam Abu Abbas Bin Suraij.
- Imam Tajuddin As-Subki
Akhirnya, beliah telah menghembuskan nafas terakhir sekitar tahun 204H / 820M di Mesir. Sebelum itu, beliau sempat membacakan syair yang mengandungi pengakuan seorang hamba yang banyak melakukan maksiat kepada Allah dan mengharapkan segunung keampunan (boleh cari kat Utube tajuknya "Elaika").
Akhir kalam, semoga perkongsian ini dapat memberikan sedikit sebanyak info kepada pembaca semua dan meniup semangat untuk mencontohi mereka semua Insya Allah. Teringat penulis satu hadis Nabi SAW, "Sesungguhnya para ulamak adalah pewaris para nabi....". Perjuangan para ulamak dalam memastikan ilmu terus-menerus diwarisi mesti kita puji dan hargai kerana kesungguhan mereka berjalan jauh beribu-ribu batu demi menuntut satu ilmu sahaja. Sekarang ni kita tak perlu berjalan jauh bahkan tak perlu berjalan untuk mendapatkan ilmu. Semuanya mudah dan senang. Bukan itu sahaja, ada juga ulamak yang terpaksa menanggung pelbagai penderitaan seperti Imam Ahmad Bin Hanbal dan lain-lain untuk memastikan akidah umat Islam terpelihara daripada sebarang keraguan. Semoga Allah merahmati mereka dan menempatkan mereka dengan As-Syuhada' dan As-Sodiqin.
OK, bertemu lagi di lain waktu. Jika ada sebarang pembetulan dan komen, sila lontarkannya di ruangan komentar. Tunjuk ajar anda semua amat saya hargai. Sekian.....
اللهم اغفرلهم وارحمهم وعافهم واعف عنهم
اللهم اجعلنا منهم أمين يا الله
وآخر كلامي بالكلمة الحسنة السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rujukan:
- Buku Rujukan Pendidikan Islam SPM.
- Imam Syafie Pejuang Kebenaran, Abdul Latip Talib, cetakan ketujuh (2012), PTS Litera Utama Sdn. Bhd., Selangor, Malaysia.
- 300 Hadis Bimbingan, Zahazan Mohamed, Ahmad Hasan Mohd. Nazam, cetakan pertama (2007), Telaga Biru Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, Malaysia.
- Al-Madkhal Ila Dirasah Al-Mazahib Al-Fiqhiyyah, Dr.Ali Jumaat, cetakan keempat (2012), Dar As-Salam, Kaherah, Mesir.
No comments:
Post a Comment