...بسم الله الرحمن الرحيم
...الحمد لله الذي أرسل رسوله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله ولو كره الكافرون
...اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين
أما بعد...
Assalamualaikum semua...
Alhamdulillah bertemu lagi kita di ruangan yang terbatas ini. Dengan keterbatasan waktu ini, saya ingin berkongi secara ringkas mengenai hakikat tauhid dan keimanan kepada Allah. Teringat saya dialog Johan terhadap Zizan dalam kisah "Drogba dan Rooney" yang berbunyi "Mana akidah kau???". Hahaha walaupun itu sekadar bahan ketawa dan lelucon semata-mata, tapi pernahkah kita bertanya, "Adakah akidah yang aku pegang selama ini sahih dan benar? Apakah selama ini kepercayaan aku kepada Allah adalah benar? Atau bercampur-baur dengan perkara-perkara yang mencemarkan kesucian dan kemurnian akidah?". Jika ada persoalan seperti itu berlegar-legar di fikiran, adalah lebih baik jika mengambil langkah drastik untuk membetulkan kembali akidah kita dan memperkukuhkannya di dalam diri kita. Cabaran akidah pada hari ini sungguh menggusarkan di tambah pula kes-kes yaang berkaitan akidah kini menjadi barah dalam masyarakat. Waspadalah!!!!
Tanpa memanjangkan bicara saya, marilah kita berkenalan dengan akidah tauhid Islam dari sudut takrifan, nama lain baginya, skop perbahasan, hukum mempelajarinya, metadologi dan kepentingannya. Sebelum itu, saya ingin bertanya. Surah apa yang paling jelas memaparkan ciri-ciri akidah yang sahih dan benar? Ya, anda mesti tahu jawapannya iaitu Surah Al-Ikhlas. Apakah keistimewaan Surah Al-Ikhlas sehingga Nabi Muhammad SAW sering membacakannya pada rakaat kedua solat sunat qabliyyah subuh kerana sabit daripada sebuah hadis yang berbunyi, "Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW pernah membaca pada dua sunat subuh قل يأيها الكافرون dan قل هو الله أحد"? Syeikh Mutawalli Sya'rawi pernah mengatakan di dalam tafsirnya bahawa surah ini merupakan penetapan dan pengakuan kepada akidah tauhid Islam. Masya Allah!!! Sungguh hebat surah ini. Lihatlah sahaja ayat pertamanya menerangkan bahawa Allah itu bersifat dengan tunggal tidak ada tuhan sebelum dan selepasnya serta tidak ada sesuatu yang setanding dengannya. Jika ingin mengetahui lebih lagi mengenai surah Al-Ikhlas, silalah rujuk kitab-kitab tafsir yang ada di pusat-pusat sumber atau boleh didapati di kedai-kedai buku.
Apakah itu tauhid? Tauhid dari segi bahasa dipetik daripada perkata " وحّد" iaitu menyatukan. Dari sudut istilah pula terlalu banyak tetapi saya memetik satu daripadanya iaitu menunggalkan Allah pada sifat-Nya, zat-Nya dan perbuatan-Nya serta menafikan kesamaan dengan segala makhluk. Ilmu tauhid pula bermaksud ilmu yang membahaskan mengenai pengisbatan (penetapan) pegangan agama dan perkara yang berkaita dengannya. Ilmu Tauhid juga turut dikenali dengan nama lain seperti Akidah, Usuluddin, Ilmu Kalam dan Fiqh al-Akbar (menurut imam Abu Hanifah r.a.).
Apakah perbahasan yang menjadi teras dalam tauhid? Sesetengah ulamak menyatakan bahawa perbahasan dalam tauhid berkisar mengenai kaedah beriman dengan rukun iman yang enam dan mereka turut membahagikannya kepada tiga perbahasan utama dalam tauhid iaitu Ilahiyyat (perkara yang berkaitan dengan ketuhanan dan sehubungan dengannya), Nubuwwat (perkara yang berkaitan dengan kenabian dan sehubungan dengannya) dan Sami'yyat (perkara yang berkaitan dengan perkara ghaib). Apa pula hukum mempelajari ilmu tauhid ini??? Wajib? Sunat? Makruh? Harus? Atau Haram? Saya menakalkannya menurut kitab Hasyiah Imam Al-Bajuri,"فيجب على كل مكلف من ذكر أو أنثى وجوبا عينيا معرفة كل عقيدة بدليل ولو إجماليا, وأما معرفتها بالدليل التفصيلي ففرض كفاية...." yang bermaksud, "maka wajib ke atas setiap mukallaf baik lelaki mahupun perempuan wajib ain mengetahui akidah walaupu dengan dalil ijmal (ringkas) dan adapun mengetahuinya secara tafsil (terperinci) maka ia fardu kifayah". Untuk mengetahui mengenai ijmal dan tafsil dalam pengajian akidah, boleh merujuk kitab-kitab dan buku-buku yang berkaitan dengan akidah.
Metadologi atau kaedah ilmu tauhid yang menjadi kebiasaan masyarakat Islam ialah Tauhid Sifat 20 dan Tauhid 3 Serumpun. Saya akan menceritakan secara ringkas setiap tauhid itu. Jika ingin mengetahui lebih, sila rujuk para alim-ulamak dan para asatizah.
Tauhid Sifat 20 merupakan metadologi tauhid dengan mempelajari sifat Allah dan yang berkaitannya yang bermula dari sifat wujud hingga kaunuhu mutakalliman yang telah dipelopori oleh Imam Abu Hasan As-Asyaa'rie dan Imam Abu Mansur Al-Maturidiah. Setiap sifat yang itu dipetik daripada dalil naqli berdasarkan Al-Quran dan Hadis serta dalil akal. Sebagai contoh, sifat wahdaniyyah (tunggal, esa) berdalilkan ayat Al-Quran "ليس كمثله شيء وهو السميع البصير" dan dalil akalnya,"Jika tuhan itu banyak, maka hancurlah bumi dan langit kerana masing-masing nak tunjuk kehebatan dan pasti berlaku perselisihan antara mereka". Kaedah ini sering kali terdapat di dalam kitab- kitab ulamak Nusantara seperti Al-Allamah Ar-Rabbani Syeikh Daud Fathoni. Bukan itu sahaja, ia juga menjadi pegangan majoriti Ulamak Dunia seperti Ulamak Al-Azhar As-Syarif. Mereka yang berpegang dengan kaedah ini diberi gelaran Asyai'rah dan Maturidiah.
Tauhid 3 serumpun merupakan metadologi tauhid yang diasaskan oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (melainkan Tauhid Asma' Wa Sifat). Tauhid ini berorientasikan mazhab salaf. Tauhid ini terbahagi kepada 3 iaitu Tauhid Rabubiyyah, Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Asma' wa Sifat. Kaedah ini diteruskan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab. Beberapa tokoh ulamak besar yang berpegang dengan kaedah ini ialah Syeikh Ibn Baz, Syeikh Soleh Al-Utsaimin, Syeikh Soleh Ibn Fauzan dan lain-lain. Mereka yang berpegang dengan kaedah ini diberi gelaran Salafi.
Apa pula kepentingan mempelajari tauhid? Jawapannya sendiri pasti anda sudah mengetahuinya dan tidak perlu saya jelaskannya di sini.
Akhir kalam, marilah sama-sama kita memantapkan akidah kita dengan mengunjungi majlis-majlis ilmu kerana dengan cara inilah ulamak dapat merawat akidah, syariat dan tasawuf kita. Ambillah "antibodi" itu untuk kebaikan dan kesehjahteraan kita di dunia mahupun di akhirat. Semoga Allah menjauhi kita daripada parasit-parasit akidah seperti waham (banyak tak percaya daripada percaya), syak (separuh percaya, separuh tidak) dan zon (banyak percaya dan ada sedikit yang tidak percaya) serta virus-virus akidah yang kian menular dalam masyarat seperti syirik dan khurafat.
Sekian sahaja untuk peretemuan kita pada kali ini.... Assalamualaikum
Rujukan:
1. Nota Kuliah Akidah Islamiah, Kuliyyah Syariah Islamiah Semester 2, Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH).
2. Pendapat Ulamak Sunni Terhadap Salafi Wahabi, Syaikh Idahram, Cetakan Pertama (2012), Inteam Publication Sdn. Bhd., Malaysia.
3. Fiqh Syafii Jilid 1, Haji Idris Ahmad S.H, Cetakan 2006, Pustaka Antara Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. Malaysia.
4. Tafsir Juz Amma, Syiekh Mutawalli Sya'rawi, Cetakan 2008, Dar Ar-Rayah.
5. Hasyiyah Imam Al-Bajuri Ala Jahratul Tauhid, Imam Al-Bajuri, Cetakan Pertama (2002), Dar As-Salam, Kaherah, Mesir.
6. Al-Akaid Al-Islamiah, Syed Sabiq.
Tambahan:
1. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah, Ustaz Fareed Bin Awie Al-Fathoni kerana menjadi tenaga pengajar bagi subjek Akidah Islamiah bagi Kuliyyah Syariah Islamiah Semester 2 Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH). Syukran ya Syeikh!!!!
2. Jika terdapat sebarang kesilapan, mohon diperbetulkan. Biasalah budak mentah yang menulis ^_^.
Asalamualaikum,, saya dah dpt twrn masokk ke marsah akhir buln 5 nie dlm bidng syariah,,tapi saya x pasti lagi nak ambil ke x twrn tu.. sbb dulu sayaa sekolh di sklh mnnghh biasa..saya x drk asas arab..saya takot x leh bwk..bolh tolng bagi pndpt..
ReplyDeleteWaalaikumussalam... tahniah saudari kerana sudah dapat masuk belajar ke syariah... begini semasa orientasi anda akan menduduki peperiksaan bahasa inggeris dan bahasa arab untuk sama ada anda layak memasuki kelas bridging (insetif) atau tidak. Jika anda lulus, anda tak perlu masuk kelas tersebut tetapi jika sebaliknya anda wajib mengikuti kursus itu selama satu semester (apa2 jua maklumat sila rujuk bahagian akademik)...
ReplyDeletenamun begitu, adalah lebih baik sekiranya anda bersedia dariapda awal dengan menghafaz apa sahaja yang difikir perlu (spt vocab asas bahasa arab) untuk kebaikan diri anda juga. Insya Allah Allah akan menolong mereka yang bersungguh-sungguh. Apa yang penting pasang niat yang baik-baik semasa belaajr nanti. Allah Al-Mustaa'n...
Sekian, Wallahu A'lam