SEMBANG EXAM SIKIT....
الحمد لله حمدا كثيرا والصلاة والسلام على سيدنا محمد وآله وصحبه تسليما كثيرا
أما بعد...
Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua, Alhamdulillah hari ini
sebaik-baik hari bahkan penghulu segala hari (saiyyidul ayyam). Semoga Allah
merahmati kita semua. Apa khabar semua pembaca yang dikasihi? Penulis harap
semuanya sihat di samping keluarga dan sahabat- sahabat semua.
Sekarang penulis
sedang menduduki peperiksaan akhir semester 4. Musim pengajian kali ini boleh
penulis katakan yang agak mendebarkan dan mencabar fizikal, mental dan intelektual
penulis. Sebab? Adalah sikit masalah yang rasanya tak perlu rasanya penulis
share kan di sini. Mungkin lain hari Insya Allah kalau panjang umur dan murah
rezeki. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, semester 4 kali ni penulis belajar
beberapa subjek yang agak “killer” rasanya iaitu:
- Tafsir Al- Quran oleh Ayahanda Ustaz Abdul Rasyid Lahu Muhammad,
- Tafsir Ayat Hukum 1 (Asas Ayat Hukum) oleh Ustazah Rafedah Binti Mohd Said,
- Ulum Al-Hadith oleh Dr. Muhammad Muhammad Tolba Said,
- Sejarah Perundangan Islam oleh Ustaz Yazid Bin Bahrin,
- Bahasa Arab III oleh Ustaz Ahmad Al-Hafiz Rustam Afendi,
- Sistem Perundangan Malaysia oleh Encik Mohammad Ramzi Zakaria.
Kalau tidak silap penulis pernah tulis mengenai subjek ramalan pada
posting yang lepas (cuba check balik). Cuma sebahagian sahaja yang penulis berjaya
teka kuang kuang kuang. Sekali lagi penulis nak buat ramalan bagi subjek
semester 5 pula dan antaranya ialah (jeng jeng jeng):
- Fiqh semasa
- Hadis Hukum
- Ayat Hukum
- Panel Code (Kanun Keseksaan)
- Fiqh Muamalat
- Fiqh Jenayah
- Kaedah Penyelidikan
- Al-Quran
- Metadologi Pengajian Al-Quran dan Hadis
Dengan waktu
perkuliahan hanya 14 minggu sahaja, kini penulis sedang menududuki minggu
peperiksaan. Seram juga rasanya. Justeru, penulis dapati bahawa bukan suatu hal
yang mudah untuk menghadam semua subjek yang dipelajari dalam jangka waktu yang
singkat. Namun begitu, penulis nak share sikit tips yang agak membantu (pada
hemat penulis sahaja tak tahu plak kalau orang lain) untuk belajar dengan baik
dan bijak antaranya:
1.
Membuat nota berdasarkan teknik B.A.R (Baca, Analisis, Rumus).
Teknik ini penulis pernah perkenalkan pada anak didik (actually
mentee je hehee) semasa Program Mentor-Mentee Sistem Perundangan Malaysia yang
penulis telah adaptasi dan aplikasi daripada satu tajuk kuliah Bahasa Inggeris
II semester lepas bersama Miss Sakinah (Thank You Miss!). Teknik ini amat bermanfaat untuk membuat satu nota mudah tetapi padat. Apa yang penting nota (sama
ada salin guna tangan atau guna Microsoft word) itu perlu dibuat sejurus
selepas tamat kuliah subjek tersebut (takut-takut berlambak nanti jenuh tangan
nak buat). Apa itu teknik BAR? Penulis akan ceritakan pada masa akan datang Insya Allah.
*Actually penulis tidaklah buat nota bagi semua subjek. Hanya
subjek-subjek tertentu sahaja sebab tak ada masa dan MALAS hehehe.
2.
Mengadakan
perbincangan kumpulan.
Ni yang paling best la kan tapi kebiasaannya kalau tak dikawal ia
hanya menjadi “warung kopi” saja. Apa-apa pun setiap ahli perlu memberi fokus
terhadap sebarang topik yang diketengahkan. Paling baik perbincangan seperti
ini dibuat di pusat sumber. Senang membuat sebarang rujukan.
3.
Ulangkaji sendiri.
Cara seperti ini perlu menurut selera dan gaya masing dengan apa-apa cara sekalipun.
Kalau orang tanya, “macam mana ea cara belajar yang baik?” maka jawablah, “
kalau rasa dengan terjun bangunan 40 tingkat boleh study silakan”. HAHAHA GURAU
SAJA YEW (JANGAN TIRU AKSI ITU DI RUMAH). Penulis yakin setiap orang khususnya
pembaca sekalian ada cara tersendiri. Seperti penulis, saya suka study sambil
dengar musik dan tonton tv tapi yang
paling syok “beruzlah” dalam bilik sendiri sambil melepek atau terbongkang atas
tilam sambil pegang buku (kadang-kadang last-last zzzzzz hehe). Sesetengah orang pula mereka set up
masa tertentu untuk study macam sebelum subuh (kebiasaan selepas qiamullail),
waktu petang dan juga waktu malam (tapi jangan sampai tak tidur pula). Selain
itu, ada juga buat jadual belajar. Misalannya, Isnin subjek Ulum Hadith, Selasa
subjek Bahasa Arab 3 dan hari-hari seterusnya. Ikut suka koranglah yew. Yang
penting belajarlah walaupun hanya pegang buku dan baca buku tak sampai 10
minit. Kira baca la juga kan. Walau bagaimanapun, penulis ingin memberi pesanan
agar memberi sepenuh perhatian kepada waktu belajar atau kuliah. Ulangkaji ni
just revise untuk pengukuhan kepada ingatan. Pelajar sering melakukan kesilapan
apabila mereka datang kuliah main-main tak fokus semasa proses perkuliahan
tetapi sanggup tak tidur semata-mata nak ulangkaji untuk exam esok harinya.
SALAH YANG AMAT BESAR! Bijaklah! Anda mampu mengubahnya dan ingatlah buah hati
yang tersayang ciah ciah ciah X-D.
Sebelum
berehenti penulis nak sharre sikit beberapa gambar kenagan sepanjang semester
ni (selebihnya mungkin pada posting akan datang huhu).
(Perkahwinan sepupu tercinta, Norhasimah dan Isyraf)
(Pesanan Pendeta Zaaba yang paling bernas dan berguna)
(Program Mentor-Mentee Sistem Perundangan Malaysia... Hehe seronok dera budak-budak ni... Taat betul diorang ni... Markah pada mentor katakan kah kah kah!!!! B-D )
(Program Santun Gelandangan Kelab Syariah dan Usuluddin bersama JB Prihatin)
(Program 3M [Mahasiswa Mesra Masyarakat] di Kg. Perigi Acheh)
(Final Kuliah Sejarah Perundangan Malaysia bersama Ustaz Yazid Baharin)
(Final Kuliah Tafsir Al-Quran bersama Ayahanda Ustaz Abdul Rasyid)
(Nama dia Uni... Kuat berseloroh dan baik orangnya)
(Jadual Exam Final Sem 4)
(Beliau ialah Doktor Muhammad, Pensyarah Ulum Al-Hadith penulis)
Baiklah
cukuplah sampai di sini. Semoga bertemu di waktu yang lain Insya Allah. Doakan
penulis dan sahabat-sahabat penulis agar berjaya pada peperiksaan kali ni Insya
Allah dan mendapat anugerah Dekan Insya Allah Aminn!!! Sekian...
terima kasih syuk bagi tunjuk ajar gak for this semestar . yayaya
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete