TINTA AL-QUDSY #2- MASIHKAH ADA CAHAYA???
بسم الله
الرحمن الرحيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi
Maha Penyayang)
قل يعبادي الذين أسرفوا على أنفسهم لا
تقنطوا من رحمة اللهۚ إن الله يغفر الذنوب جميعاۚ إنهۥ هو الغفور الرحيم – (سورة الزمر: 53)
“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai
hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan
perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah,
kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua
Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Allah Taala tidak pernah
mengancam hamba-hamba-Nya yang berdosa dengan azab tanpa mendatangkan pujukan
dan nasihat agar mereka sedar dan kembali ke pangkal jalan. Hal ini kerana
Allah mengetahui setiap hamba-hamba-Nya. Benar, kita mungkin pernah diselubungi
noda ketika menempuh lorong-lorong gelap sehingga kehidupan terkutuk itu
sentiasa menghambat dan menghantui malahan terdetik di dalam sanubari bahawa
tiada lagi ruang dan peluang untuk menjadi baik dan bertakwa. Ketahuilah teman!
Allah sudi menerima kita seadanya. Rasulullah SAW pernah bersabda, “Sesungguhnya
Allah Ta’ala membentangkan tangan-Nya (bersedia menerima taubat) di malam hari
untuk menerima taubat hamba yang berdosa di siag hari. Dan Allah Ta’ala
membentangkan tagan-Nya di siang hari untuk menerima taubat hamba yang berdosa
di malam hari, sampai matahari terbit dari barat.”.
KESIMPULAN: Kembalilah manusia! Kerana pintu taubat sentiasa terbuka selagi
nyawa belum menalak jasad. Allah sentiasa meluaskan rahmat-Nya dan cinta-Nya kepada
sesiapa untuk kembali. Justeru, hayatilah firman Allah di dalam surah At-Tahrim
ayat 8, “ Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu
kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan
kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di
bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan
orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh)
mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa
mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam
gelap-gelita): Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan
limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas
tiap-tiap sesuatu.
والله
أعلم بالصواب
No comments:
Post a Comment