Tuesday, 3 November 2015

SEKALI AROB DAA....

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله  وعلى آله وصحبه أجمعين

أما بعد...

Assalamualaikum... Alhamdulillah bertemu kita lagi di kesempatan ini untuk kita sama-sama menambah pengetahuan yang sedia ada. Baiklah, pada hari ini penulis nak share sesuatu untuk rakan pembaca sekalian. Tengah boring-boring baik buat pahala hehe. Oleh itu, penulis nak berkongsi sedikit mengenai Asas Tatabahasa Bahasa Arab yang telah penulis belajar semasa semester satu dengan Al-Fadhil Al-Ustaz Ad-Doktor Emad Bin Subhi Al-Battah Al-Urdani iaitu Bab Feel (الفعل) atau Perbuatan. Huhu macam susah jew? Eh, tak lah ! Dah nama pun "Asas" insya Allah mudah. Kalau tak faham nanti penulis terjemahkan...


الفعل
1.    التعريف العام – ما يدل على حدوث شيء مقترن بزمان.
2.    أقسام الفعل :
·       فعل الماضي - ما دل على حدوث في زمن القديم / الماضي.
 المثال: كتبَ, قامَ, ذهبَ
الجملة: كتب زيد الرسالة إلى صديقه

·       فعل المضارع – ما دل على حدوث في زمن الحاضر أو المستقبل.
المثال: يكتبُ, يقومُ, يذهبُ *(الأحرف المضارعة – أ,و,ن,ي)
الجملة: يكتب زيد الرسالة إلى صديقه

·       فعل الأمر – ما يُطلَب به حدوث شيء في زمن المتكلم.
المثال: اكتبْ, قمْ, اذهبْ
الجملة: اكتبْ الرسالة إلى صديقك



Terjemahan (tidak 100% secara harfiah yakni word by word):

  1. Takrifan Umum- Feel atau perbuatan membawa maksud menunjukkan situasi yang  berhubung kait dengan masa.
  2. Perbuatan terbahagi kepada tiga bahagian:
  • Feel Madi (Past Tense)- Perbuatan yang dilakukan pada masa yang lepas. Contoh, telah  menulis (ضرب) , telah bangun (قام), telah pergi (ذهب). Ayat - Zaid telah menulis surat kepada kawannya (كتب زيد الرسالة إلى صديقه)
  •  Feel Mudari' (Present/ Future Tense)- Perbuatan yang dilakukan pada masa kini atau masa hadapan. Contoh, sedang/ akan menulis ( يكتب), sedang/ akan bangun (يقوم), sedang/akan pergi (يذهب).  Contoh ayat- Zaid sedang menulis surat kepada kawannya  (يكتب زيد الرسالة إلى صديقه).                           *Peringatan (Huruf mudahraa'h- alif, nun, wau dan ya)
  • Feel Amar (Suruh atau Perintah)- perbuatan yang menunjukkan suruhan dan arahan. Contoh, tulislah (اكتب), bangunlah (قم), pergilah (اذهب). Contoh ayat- Tulislah surat kepada kawanmu ( اكتب الرسالة إلى صديقك )

Ok semua. Penulis berharap posting kali ini dapat memberi sedikit pengetahuan mengenai asas dalam Tatabahasa Bahasa Arab. Coopp!!! Jap sebelum habis, penulis nak share beberapa gambar penulis dengan tenaga pengajar Bahasa Arab sejak sekolah menengah sampai sekarang...


Yang ini Ustazah Rahayu Nizan Kaseh. Beliau mengajar penulis sekitar tahun 2009-2011 semasa penulis berada di Kelas Aliran Agama (KAA). Masih teringat lagi style beliau mengajar Bahasa Arab dulu. Beliau akan membaca buku teks dari kulit depan sampai kulit belakang. Memang mantap. Mahu tak lekat ilmu tu sampai sekarang. Syukran Jazilan ustazah.





Haaa ni la Doktor Emad. Beliau pernah mengajar penulis Bahasa Arab I semasa penulis berada di semester satu 2014. Sempoi orangnya. Sekarang ni dia dah tak mengajar lagi di MARSAH sebab beliau dah pulang ke Jordan. Sedihnya :,-( .




Yang ni pula Ustazah Sumaiyah Binti Najib. Pensyarah penulis semasa semester tiga lepas. Memang best belajar dengan beliau ni. Memang berdedikasi dan bersungguh-sungguh membantu pelajar yang sukar menguasai Bahasa Arab.

Ok la. Cukuplah dulu yew. Semoga bertemu di lain waktu insya Allah. Sekian...


اللهم فقهنا في الدين وعلمنا التأويل

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

1 comment: