Wednesday, 4 November 2015

GUA SENIOR... LU BUDAK MENTAH LAGI !!!!




بسم الله الرحمن الرحيم

  الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين

أما بعد.... 

Assalamualaikum semua... Alhamdulillah kita bertemu lagi. Ermmm lagi tiga penulis akan memulakan musim baru di bangku pengajian. Debarannya tak macam sebelum ini. Lain macam pun. Bercampur-baur. Dup dap dup dap. Tak tahulah apa yang nak ditakutkan. Mungkin mengenai keputusan peperiksaan. Mungkin juga mengenai subjek yang penulis akan belajar. Huhu nanti-nantilah kita cerita yew pasal tu semua. Ni penulis nak tanya pasal semalam. Malam semalam penulis saja menziarahi sahabat penulis yang sedang menguruskan pelajar baharu ke MARSAH. Ada la sikit sesi orientasi kat sana. Lepas habis aktivti malam tu, penulis ada la sembang-sembang dengan beberapa pelajar baharu kat sana. Saja share pengalaman dan secara tak langsung "brainwash" sikit hehehe (ketawa jahat!!!). 

Bila penulis sembang dengan mereka, boleh dikatakan mereka datang dari sekolah bukan aliran agama (penulis belum sempat semang dengan semua tak silap lima orang). Haha satu geng la kita. Alhamdulillah mereka ni tak sombong dan leh katakan peramah la juga.Sempat sembang tak silap tiga pelajar Diploma Tahfiz wal Qiraat dan dua pelajar Usuluddin. Penulis cerita la mengenai persediaan diorang semasa berada di MARSAH. Pasal akademik, kehidupan sebagai pelajar IPT. Ajar la apa yang kita tahu dan pernah lalui. Alhamdulillah respon yang baik. Walaupun penulis dengan mereka mungkin berbeza dari segi tahap pengajian (diorang sem 1), tapi penulis tak rasa bergaul dengan mereka akan menjatuhkan "makam" penulis bahkan boleh la kita share cerita masing-masing mengenai latar belakang mereka dan tahap pendidikan mereka di peringkat menengah. 

Ni penulis nak cerita sikit pasal Saidina Umar dan Saidina Abdullah bin Abbas ra. Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab ra, beliau (Abdullah bin Abbas) pernah dilantik sebagai ahli dalam majlis pentadbiran (lebih kurang macam kabinet la just contoh bagi faham). Hal ini telah mendatangkan perasaan kurang senang dalam kalangan para sahabat yang senior atau veteran kerana kehadiran anak muda itu. Lalu, seorang daripada sahabat yang senior tu pun tanya Umar, "Hei Umar, mengapa kamu melantiknya sebagai ahli dalam majlis ini? Usianya amat sebaya dengan anak-anak kami." Umar lalu berniat menunjukkan bakat Ibn Abbas kepada mereka. Lantar Umar menyoal mereka, "Apa pendapat kalian mengenai ayat Iza Ja Anasrullahi Wal Fath (Surah An-Nasr 1-3)". Mereka pun menjawab, "Ini sebuah perintah agar kita memuji Allah dan beristighfar apabila mendapat kemenangan." Kemudian, Umar menyoal soalan yang sama terhadap Ibn Abbas lalu dijawab, "Tidak! Ini adalah pemberitahuan bahawa ajal Rasulullah saw. 'Apbila datang pertolongan Allah dan kemenangan' ertinya ini adalah tanda ajalmu. Maka perbanyakkanlah bertasbih dan beristighfar". Apa reaksi Umar? Umar berkata, "Apa yang aku ketahui sama seperti apa yang kau katakan". Kemudian Umar pun berkata kepada sahabatnya, "Mengapa kamu mencela diriku kerana mencintai orang yang memiliki kelebihan sepertimana yang telah kamii saksikan ini?".

Masya Allah!!! Lihatlah bagaimana kehebatan Ibn Abbas, seorang anak muda atau junior diiktiraf oleh Umar, seorang veteran atau senior kerana beliau memiliki pengetahuan yang luas. Nak cakap apa, jangan terasa bila dah meningkat usia atau berilmu dah terasa hebat hingga tak boleh ditegur atau dinasihati. Kadang kala Allah mencampakkan hikmah dan kelebihan terhadap sesiapa yang Dia kehendaki walaupun seorang budak kecil. Sebab itulah tiada istilah "Makan garam dulu" ke "Budak mentah darah setampuk pinang" ke "Ubun-ubun lembik" ke. Itu semua tanda atau alamat sifat kesombongan yang mana menwarisi sikap Iblis. Nauzubillah. Bukan itu sahaja, kesombongan tidak lain hanya membawa kepada kerosakan dan kebencian sesama manusia bahkan amat dibenci Tuhan. Bergaullah dengan semua orang dan sentiasalah merendah diri di hadapan orang lain. Tak jatuh pun "level" atau "market" kalau geng dengan junior dan menyantuni mereka. 

Ok lah, cukuplah rasanya menulis untuk kali ini. Semoga perkongsian sebentar tadi memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Semoga bertemu di lain masa Insya Allah. Sekian....


اللهم نور قلوبنا بالهداية واملأها بالعلم والمعرفة

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


No comments:

Post a Comment