HIDUP KITA...
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين الذي خلق السماء والأرض والصلاة والسلام على سيدنا خير البرية محمد على آله وصحبه وسلم
أما بعد...
Assalamualaikum semua. Alhamdulillah bertemu lagi kita yew. Semoga sahabat-sahabat pembaca blog ini sihat belaka Insya Allah. Ermmm pejam celik pejam celik dah nak habis cuti semester rupanya. Insya Allah minggu hadapan 8/11 penulis akan menduduki semula bangku pengajian untuk semester 4. Tik tok tik tok dah hampir satu tahun setengah penulis belajar di peringkat diploma dalam jurusan Syariah. Secara tak langsung bertambah usia ni. Hehe rasa macam dah tua plak.
Now, get ready for new season in your life. Teringat pula penulis pengalaman sulung semasa bergelar mahasiswa ni. Haha masuk kolej dengan pemikiran yang masih mentah dan "nothing" pasal dunia IPT. Namun begitu, kini penulis sedikit demi sedikit membiasakan diri dengan suasana kolej. Memang betullah kata orang "pengalaman guru paling terbaik". Macam-macam suasana dan situasi telah sedikit sebanyak mematangkan penulis dari sudut yang pelbagai seperti pelajaran, politik, sosial, pengurusan dan lain-lain. Takpe belajar perlahan-lahan.
Walau bagaimanapun, perkara yang paling memberi kesan yang mendalam kepada penulis ialah PERSAHABATAN. Huhu banyak dah penulis telan dalam proses berkawan ni. Ada yang setia, ada yang mengjengkelkan dan tak kurang juga yang suka ambil kesempatan. Macam-macam hal kan. Oh yew teringat pula penulis suatu peristiwa dingin tu kerana sikapnya yang tah apa-apa. Malas nak cerita panjang pasal hamba Allah tu. Sabar jelah yang mampu.
Kehidupan mengajar kita kenal diri dan manusia di sekeliling. Suatu pelajaran yang tidak ditelaah di dalam kelas tapi perlu ditempuh sendiri oleh kita. Itu semua ujian daripada Allah. Maka, kita perlu tabah dan reda dengan apa-apa sahaja dugaan yang mendatang. Sebab itulah kalau boleh minta hari-hari kepada Allah agar diberikan kekuatan iman dan semangat untuk menghadapinya. Kenapa begitu? Sebab apabila dalaman dah mantap maka luaran pun akan utuh tapi kalau luaran kuat tapi dalaman lemah takkan ke mana-mana. Oleh yang demikian, kita banyak mendengar orang kurang upaya (OKU) boleh berjaya dalam kehidupan tapi ada orang sihat tubuh badan dan fizikal cukup sempurna sanggup merosakkan diri mereka dengan terjebak dengan aktiviti-aktiviti kurang bermoral yang akhirnya menjadi sampah masyarakat. Sudahlah tidak menyumbang untuk masyarakat malahan menyusahkan orang lain. Moga-moga Allah memelihara diri kita hendaknya AMIN...
Ok la. Cukuplah untuk hari ini. Habis idea nak tulis panjang-panjang hehe. Semoga bertemu lagi kita di masa dan ruang yang akan datang. Sekian...
اللهم إنا نسألك عملا متقبلا ورزقا حلالا طيبا وعلما نافعا
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
No comments:
Post a Comment