Friday, 23 October 2015


ITU HARAM INI HARAM!!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

 الحمد لله الملك المعبود والصلاة والسلام على سيدنا محمد ذي المقام المحمود وعلى آله وأصحابه أجمعين

أما بعد...

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah hari kita bertemu lagi di hari penghulu segala hari dan juga "hari raya" bagi umat Islam. Ok, kita teruskan cerita. Baru-baru ini ada satu gambar keratan akhbar di Facebook mengenai pengharaman "Vape" oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Mungkin segelintir masyarakat menerimanya dengan baik tetapi mungkin ada juga di sana membantah sekeras-kerasnya. Ini saya bawakan keratan akhbarnya:


Tujuan saya menulis bukanlah untuk membahaskan dan memberi kritikan atau komen mengenai fatwa itu tetapi saya ingin memfokuskan perkataan "HARAM" seperti yang tertera di dalam akhbar itu (tak nampak pendek umur huhu). Haram (حرام/ محظور)  merupakan satu daripada hukum taklifi yang lima menurut usul feqh. Apakah maksud haram? Haram bermaksud apa-apa yang diperintahkan oleh syarak untuk meninggalkannya secara mandatori/ pasti. Baiklah, rasanya tak perlu nak cerita panjang-panjang mengenai perihal haram menurut usul feqh. Kalau nak lebih belajar subjek Usul Feqh yew hehehe.

Walau bagaimanapun, mengapakah Allah Taala mengharamkan sesuatu perkara untuk manusia atau maqasid di sebaliknya?

Jawapannya simple. Sebab Allah tahu fitrah manusia sukakan benda baik dan tak suka yang buruk2. Pengharaman sesuatu perkara itu bukan hanya membawa kebaikan untuk umat Islam malahan meliputi sekalian umat manusia dan ia perlu  dinilai menurut timbangam syarak. Justeru, mengambil yang haram tidak lain hanyalah mengundang masalah sama ada terhadap diri sendiri mahupun orang lain.  

BUKTI???

Contoh 1:

Allah mengharamkan arak di dalam Al-Quran seperti mana ayat "Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan."-(Surah Al-Maidah: 90)  kerana ia boleh merosakkan akal dan Islam amat menekan pemeliharaan daruriyyat khmasah iaitu hifz al-akal (penjagaan akal). Bukan itu sahaja, terdapat satu kaedah pecahan daripada kaedah kubra "Keyakinan tidak dihilangkan dengan keraguan" (اليقين لا يزول بالشك) iaitu "Asal melampaui daruriyyat yang lima adalah haram" (الأصل في تعدي الضرويات الخمسة التحريم). 

Cuba kita tanya pada nyonya cina sebelah rumah kita:

"Antie u suka tak u punya laki balik mabuk2 pukul sama u?"

Mesti antie tu jawab:

"Hayya wa tala suka itu macam..."

TENGOK!!! Non-muslim pun tak sukakan kesan arak itu sendiri kerana ia akan mengundang bahana yang lebih teruk. Apatah lagi kita umat Islam yang hidup berpaut pada Al-Quran dan Sunnah...

Teringat satu ayat Al-Quran mengenai perintah memakan benda yang halal lagi baik:

"Wahai MANUSIA, makanlah apa yang ada di muka bumi yang halal lagi baik dan kalian mengikuti jejak langkah syaitan kerana dia merupakan musuh yang nyata bagimu"- (Surah Al-Baqarah: 167)

Contoh 2:

Allah melarang kita mengambil riba dan memanfaatkan setiap harta riba itu. Pengharamannya jelas di dalam Al-Quran, "Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba...."- (Surah Al-Baqarah: 275) dan di dalam kalam Rasulullah saw, (Riba terdapat dalam 73 bab, dosa riba paling ringan adalah seumpama seseorang berzina dengan ibunya sendiri"-(Riwayat Al-Hakim).

Mengapa riba dilarang? Masyuk pe dapat income lebih contoh bagi pinjam RM 100 dapat balik RM 150? Ya, memang masyuk untuk yang penerima riba macam kamu tapi bagaimana pula nasib orang yang menanggung bebanan hutang yang tinggi kerana riba? Bukankah itu zalim? Kamu mengambil haknya dengan jalan yang batil. Memanglah duit yang dia hutang itu hak kamu tapi penambahan jumlah dalam hutang itu bukan lagi hak kamu. Cuba kamu yang kena macam itu kamu pun naik angin dan tertekan. Bukankah agama melarang sekeras-kerasnya kezaliman? Bukankah nanti akan ada permusuhan antara penghutang dan pemberi hutang? Yang akhirnya silap hari bulan membawa kepada pertumpuhan darah?

Mutakhir ini, kita biasa mendengar ayat seumpama "Ala semua benda haram susah la nak cari makan" atau mengatakan "ITU HARAM INI HARAM!!!!" dengan nada yang garang dan marah. Ini satu masalah yang besar. Apabila manusia tidak mempedulikan halal dan haram, maka ia akan sebati dalam kehidupan dan sukar dipisahkan umpama roh dan badan. Bak kata orang semua benda main bedal  atau sapu je.  Kesannya, ia akan mendatangkan kerosakan terhadap diri sendiri khususnya dan masyarakat serta negara amnya. Teringat penulis akan hadis Nabi saw mengenai seseorang yang dalam keadaan kusut-masai menadah tangannya ke langit sambil menyebut "Ya Rab Ya Rab" tapi apakan daya makan, minum dan pakainya haram. Kesiankan? Bergelumang dengan perkara yang haram akan menjejaskan spritual (rohani) seseorang dan menjahanamkan kesihatan jasmaninya. Oleh itu, teringat pula penulis akan empat kemuliaan diri:
  1. Bijaksana (Hikmah)
  2. Warak (Iffah)
  3. Berani (Syujaah)
  4. Adil (Adalah)
Penulis tertarik dengan takrifan warak yang disampaikan oleh pensyarah Akhlak Islamiah iaitu ambil yang halal dan jauhi yang HARAM semua. Bab halal haram ni tiada kompromi melainkan ada sebab-sebab tertentu yang membenarkan mengambil yang haram atau DARURAT.

Akhir kalam, cukuplah pennulis berceloteh untuk kali ni. Semoga bertemu di lain masa Insya Allah. Sekian...

 اللهم إنا نسالك رزقا حلالا طيبا وعلما نافعا وعملا متقبلا

السلام عليكم ورحمة الله








No comments:

Post a Comment