Saturday, 17 October 2015

 "WEIII KUAR APA DOHHH???!!!!"

بسم الله الرحمن الرحيم

  الحمد لله الذي علم القرءان وخلق الإنسان وعلمه البيان والصلاة والسلام على النبي   آخر الزمان وعلى آله وأصحابه  أجمعين

أما بعد....

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah kita bertemu lagi dalam posting kali ini. Akal tiba-tiba melintaskan satu isu yang menjadi tabiat mahasiswa sebaya dengan penulis. Cuba lihat tajuk di atas? Apa yang kita faham? Pernah dengar tak sebelum ni? Of course macam terngiang-ngiang ayat di atas di telinga kanan dan kiri kita. Sebenarnya, ayat tersebut sering diungkapkan apabila pelajar sudah menghampiri ambang peperiksaan. Masing-masing pasti tertanya-tanya apakah soalan yang mugkin keluar nanti. Tak kurang juga yang menjadi "Ahli Nujum Pak Belalang" membuat ramalan (actually hanya sekadar teka-teka) mengenai bab atau tajuk yang menjadi "santapan intelektual" kelak. Saat yang paling mengujakan apabila pensyarah memberi soalan "spot" yang akan keluar dalam peperiksaan bahkan tidak kurang juga pensyarah yang memberikan soalan peperiksaan "sebiji" kepada pelajar. Fenomena ini mungkin berlaku di beberapa buah IPT tetapi adakah ia baik untuk pelajar atau sebaliknya? Mungkin kita yang membaca ni sudah ada jawapan sendiri sama ada pro atau kontra. Baiklah mari sama-sama kita diskusikan hal ini. 

Bagi mereka yang menyokong budaya meminta soalan spot daripada pensyarah, jawapan yang mugkin diberikan seperti berikut:
  1. Senang nak ulangkaji pelajar 
  2. Boleh skor dengan baik dalam subjek tersebut
  3. Tak perlu pecah kepala nak study banyak-banyak
  4. Sedar diri malas nak study awal-awal sem
  5. Kertas paling tak pun ada jawapan taklah kosong dan lain-lain lagi.....
Ermmm bagi sesetengah pelajar itu baik bagi mereka dan mereka akan dapat pointer yang baik. 

Pada pemikiran penulis, budaya seperti ini adalah tidak baik untuk pelajar dan ia akan memberi implikasi yang negatif. Mengapa penulis berkata sedemikian? Adakah penulis ni "bajet bagus" atau "berlagak genius"? Tidak, bukanlah maksud penulis begitu. Di sini penulis datangkan hujah menolak budaya tersebut kerana ia memberi kesan yang buruk:
  1. Penguasaan ilmu terhadap subjek tersebut amat lemah
  2. Melahirkan pelajar yang malas dan tidak mahu berusaha keras
  3. Merencatkan daya fikir mahasiswa
  4. Pemikiran tahap IPT sukar dibentuk kerana terbiasa dengan tabiat "suka disuap"
  5. Pelajar hanya belajar untuk peperiksaan dan pointer bukan ilmu 
  6. Melenyapkan manhaj ilmu dan lain-lain.....
Walau bagaimanapun, pasti sebahagian pembaca mengatakan penulis menyalahkan pensyarah kerana ada pensyarah yang buat begitu. Ok, kalau begitu kata kamu penulis bertanya sedikit soalan. Memberi soalan spot itu hak pensyarah kerana mereka yang membuat soalan dan mereka juga faham mengenai kondisi pelajar. Namun begitu, 
  1. Apakah persediaan kamu untuk diri kamu untuk menjadi insan yang berilmu dan bakal diletakkan sebagai rujukan oleh masyarakat? 
  2. Adakah masyarakat akan bertanyakan soalan yang sebiji macam apa yang pensyarah kamu ujikan sedangkan kamu hanya "faqih" dan "alim" dengan soalan spot sahaja?
  3. Bagaimana pula kamu ingin berdakwah dengan masyarakat sedangkan pengetahuan kamu amat tohor? 
  4. Bagaimana pula sekiranya datang dakyah dan dogma atau doktrin yang menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar sedangkan kamu tidak ada sebarang maklumat langsung mengenainya? 
Penulis teringat kata-kata seorang bijak pandai yang agak merentap ni (lebih kurang), "Pelajar akhir zaman ni mereka menyumbat seluruh ilmu di dalam mulutnya lalu dimuntahkan di dalam peperiksaan". Fuhhh dahsyat sungguh. Sebab itulah tak hairan bila ada diploma ke degree ke tapi ilmu masih ke laut. Amat menyedihkan bukan?


Itulah sedikit perkongsian untuk kita sama-sama fikirkan sejauh mana tahap pengetahuan kita sekarang dan apa yang perlu kita lakukan. Ini sekadar pandangan penulis. Siapa-siapa rasa tak betul tak pe. Itu hak masing-masing. Lagipun kita dah boleh berfikir dan memilih mana yang terbaik untuk diri kita. Tepuk dada tanya selera. Ok, sudah maghrib pun mari kita solat la yew. Insya Allah kalau ada jodoh kita berjumpa lagi di masa akan datang. Sekian...


اللهم فقهنا في الدين وعلمنا تأويل

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته






1 comment: