AKU DAN BELAJAR
الحمد لله الذي علم أدم الأسماء كلها والصلاة والسلام علي صاحب القرءان سيدنا ومولانا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين
أما بعد...
Assalamualaikum semua!!! Alhamdulillah dipertemukan kita di blog ini untuk mendengar leteran penulis ini hehe. Harap-harap pembaca semua tak jemulah ye. Ok, sekarang ni penulis sedang berehat selama sebulan sebelum memulakan pengajian semester yang baharu (penulis baru habis sem 3 dan mohon doa semua agar penulis dan sahabat cemerlang dalam final ye) yang akan berlangsung pada 8/11 nanti. Mana-mana yang baru membuka blog ini, izinkan penulis perkenalkan diri ye (bak kata orang kalau tak kenal maka tak cinta hehe):
Nama: Syukri
Umur: 19
Asal: Johor (Ayo Johor Luaskan Kuasamu huhu)
T. Belajar: Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)
Jurusan: Syariah Islamiah
Kursus: Diploma
Cita-cita: Pensyarah, peguam, suami orang, bapa orang dll......
Sepanjang cuti ini, penulis sedang merancang aktiviti untuk semester baharu nanti bersama-sama geng buddyz penulis. Antaranya ialah:
- Halaqah Al-Quran
- Halaqah Hadis 40
- Halaqah Matan Ilmiah
- Studi 3S (Simpel, Santai, Sihat)
- Diskusi Mahasiswa a.k.a Mengeteh
- Bahas wa Taqdim (Tugasan dan Presentation)
Huhu macam best je kan? Kalau pembaca tengok cam tak best, nak buat cam mana itulah yang penulis perlu tempuhi sebelum melangkah ke medan ilmu yang lebih jauh lagi susah dari ini. Sabar je la. Teringat kata-kata seorang ahli falsafah ni (tak silap Aristotle) "Akar pendidikan itu memang pahit tapi buahnya amat manis". Hehe tersentap pula dengan quote ni.
Ok untuk subjek sem 4 ni, penulis ada buat semakan dan penelitian ke atas senarai subjek. Insya Allah subjek yang dipelajari ialah (Perhatian: Mana-mana geng kelas syariah yang terbaca, ni sekadar agak-agak sahaja. Yang betul tak tahu yew):
- Fiqh Muamalat
- Ulum Hadis
- Tafsir
- Asas Ayat Hukum
- Kaedah Penyelidikan
- Hafazan Al-Quran 2
- Sistem Perundangan Malaysia
Jadi, penulis perlu membuat persiapan rapi mental dan fizikal untuk menghadapinya. Fuhhh tengok macam senang tapi botak kepala aku yang kena hadap hehehe. Oleh itu, penulis tak putus-putus memohon agar Allah menguatkan semangat penulis untuk menuntut ilmu. Betul, belajar ni penat dan lelah (kuliah yang panjang, assignment berlonggok, exam dll) tapi nak jadi alim dan faqih bukan semua boleh ekspres. Silap hari bulan kecundang kelak. So, do preparations before facing the reality huhhuh.
Penulis teringat pesan keramat Imam Muhammad Bin Idris As-Syafiie:
أخي لن تنال العلم إلا بستة
سأنبيك عن تفصيلها ببيان
ذكاء واجتهاد وحرص وبلغة
وصحبة استاذ وطول زمان
Maksudya: Bro (senang faham), ilmu ni tak boleh dapat melainkan dengan enam perkara:
- Kecerdikan
- Keinginan yang tinggi
- Kesungguhan
- Perbelanjaan
- Mendampingi guru
- Masa yang lama
Sebab itu penulis tertarik dengan sirah alim ulamak mengenai marhalah tarbawi mereka. Kesungguhan mereka di awal usia membuah hasil dan mereka kini menjadi rujukan dan ikutan ummah. Ada juga dalam kalangan ulamak dilahirkan dalam keadaan OKU seperti cacat penglihatan. Namun begitu, daya ingatan mereka dalam menghafaz segenap ilmu amat mengagumkan! Setakat Al-Quran tu dah jadi makanan dia. Macam-macam matan dalam pelbagai subjek dah hadam dalam otak. Kita??? Jangan katakan nak hafaz matan, nak hafal Quran pun tercungap-cungap. Mohon ke laut (termasuk penulis) lah yew huhuhu. Selain itu, penulis sering menjadikan beberapa tokoh sebagai pembakar semangat dan inspirasi seperti:
(Syeikh Al-Mufassir Mutawalli As-Sya'rawi)
(Farisul Minbar Syeikh Abdul Hamid Kishk)
Ok, cukuplah untuk hari ini. Mungkin yang terbaca blog ni cakap post kali ni bosan. Takpe la. Tengah ketandusan idea apa boleh buat. Tunggukan post yang akan datang insya Allah. Jangan marah yew :). Sekian...
ربنا ءاتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب النار
والسلام عليكم ورحمة الله وإلى اللقاء
No comments:
Post a Comment