Saturday, 28 February 2015

AL-IMAM AL-AKBAR 
MUHAMMAD BIN IDRIS AS-SYAFIE 



بسم لله الرحمن الرحيم
إن الحمد لله, ذو العرش المجيد, فعّال لما يريد
أشهد ان لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله
 يا رب صل وسلم على خير الأنام سيدنا وحبيبنا ونبينا وقدوتنا محمد وعلى آله من أزواجه وأبنائه وبناته وأقربه وكلهم جميعا وعلى أصحابه المهتدين
أما بعد...

Assalamualaikum semua....

Apa khabar? Sihat? Penulis berharap agar semua sihat-sihat belaka. Lama rasanya (perasaan penulis laaa) jari ini tidak menaip sesuatu untuk tatapan kawan-kawan yang sudi membaca blog budak mentah ni. Terima kasih yeww!!!! Ok lah, terus pada cerita kita. Pada pertemuan kita kali ini, penulis ingin berkongsi mengenai sejarah riwayat hidup seorang tokoh yang banyak memberi sumbangan yang besar untuk Islam iaitu Al-Imam Al-Mujtahid Al-Akbar Muhammad Bin Idris As-Syafie atau lebih dikenali sebagai Imam Syafie رحمه الله. Saja penulis ingin berkongsi tokoh ilmuwan ini buat mereka yang belum mengenali beliau dan dengan perkongsian menjadi pemangkin kepada kawan-kawan untuk menyelusuri perjalanan tokoh-tokoh Islam yang lain. Mana-mana yang sudah mengetahui sejarah Imam Syafie menerusi buku, internet, artikel dan lain, penulis mengucapkan tahniah. Maknanya kalian lebih arif daripada penulis. Justerus itu, sebarang pembetulan   daripada pembaca yang dikasih amat saya alu-alukan. Namun begitu, suka penulis mengingatkan sebarang perkongsian di ruangan ini hanya ringkasan sahaja. Jika mahu lebih, seperti biasa:

jalan kaki beli roti,
simpan duit dalam saku,
jangan lupa singgah library,
ada duit lebih belilah buku.


Nama sebenar beliau ialah Muhammad Bin Idris Bin Abbas Bin Uthman Syafie Bin Saib Bin Abdul Yazid Bin Hasyim Bin Abdul Mutalib Bin Abdul Manaf. Nasab keturunan beliau sampai kepada datuk Rasulullah SAW daripada sebelah bapanya iaitu Abdul Manaf. Beliau dilahirkan sekitar tahun 150H / 767M  di Gaza, Palestin dan selepas itu berhijah ke Mekah. Selain itu, beliau digelar "As-Syafie" bersempena nama datuknya. Beliau digelar "Bapa Usul Fiqh" kerana beliau telah mempelopori penulisan satu cabang ilmu dalam fiqh yang dikenali sebagai usul fiqh ( أصول الفقه)  menerusi karangannya yang mashyur iaitu Kitab Ar-Risalah.                                                                             Beliau hidup dalam keadaan serba kekurangan. Bapanya telah meninggal dunia semasa beliau kecil lagi dan ibunyalah Fatimah Al-Azdiah Binti Abdullah yang menjaganya dengan penuh suasana keimanan dan kezuhudan. Namun begitu, kemiskinan bukanlah penghalang kerana beliau berjaya menghafaz Al-Quran seawal usia 9 tahun dan berjaya menghafaz kitab Al-Muawatta' Imam Malik ketika berusia 12 tahun (setengah riwayat menyebut 10 tahun). 




Imam Syafie terkenal dengan sikapnya yang gigih menuntut ilmu pengetahuan sehingga beliau menjadi Imam Besar utama umat Islam di zamannya dan tulisannya menjadi rujukan ulama-ulamak semasa dan selepas beliau. Hal ini dibuktikan apabila Imam Malik (Pengasas Mazhab Maliki) memberi tauliah kepadanya untuk mengeluarkan fatwa di Mekah ketika berusia 15 tahun!!! Subhanallah, seawal usia kita Quran pun masih mengeja lagi!!!! Bukan itu sahaja, beliau mengutip kertas-kertas yang terpakai untuk mencatat setiap ilmu yang disampaikan. Kita??? Segalanya mudah itupun belajar main-main. So, tepuk dada tanya diri kita..... 




Ketika berusia 12 tahun, beliau mula menghafaz kitab Muwatta' yang beliau PINJAM daripada seorang penduduk Mekah. Setelah itu, beliau berguru dengan Imam Malik sendiri di Ard Darul Hijrah atau Madinah Al-Munawwarah. Kekuatan ingatan Imam Syafie di kagumi oleh Imam Malik apabila beliau menyoal hafazan hadis kitab Muwatta' kepada Imam Syafie dan Imam Syafie menjawabnya dengan lancar dan tepat beserta sanad dan matan. *(Banyak lagi bukti ketajaman akal Imam Syafie tapi penulis ambil mana yang menarik. Kalau nak lebih, rujuklah buku2 sejarah tokoh Islam).




Beliau telah mengembara di banyak negeri-negeri Islam seperti Madinah, Baghdad, Yaman dan Mesir. Bukan itu sahaja, beliau banyak berguru dengan banyak ulamak-ulamak besar seperti:
  1. Imam Malik Bin Anas 
  2. Imam Muhammad Bin Hasan As-Syaibani
  3. Imam Abu Yusuf Al-Qadi 
  4. Imam Sufyan Bin Uyainah
  5. Imam Muslim Az-Zinji
  6. Imam Waki' Bin Jarrah

Sepanjang marhalah kehidupannya, beliau banyak memberi sumbangan kepada umat Islam. Antaranya:
  1. Mengasaskan metadologi atau kaedah dalam menetapkan (mengistinbatkan) hukum-hakam dalam agama.
  2. Berijtihad mengikut tempat dan suasana hingga terdapat dua qaul (pendapat) yang dikenali sebagai Qaul Qadim (di Iraq) dan Qaul Jadid (di Mesir).
  3. Menolak kaedah istihsan.
  4. Tidak menggalakkan penggunaan akal semata-mata dalam berhukum.
  5. Menolal golonga antihadis.
  6. Menolak segala bentuk bidaah sayyiah (bidaah yang buruk).
  7. Mengarang banyak kitab sewaktu hayatnya seperti:

  • Kitab Al-Umm (Fiqh)
  • Kitab Risalah (Usul Fiqh)
  • Musnad Imam Syafie (Hadis)
  • Ikhtilaful Hadis (Hadis)

Seorang ulamak Al-Azhar, Syeikh Ali Jumaat (Bekas Mufti Republik Mesir) menyenaraikan beberapa ulamak yang mengikuti mazhab Syafie di dalam kitabnya. Antaranya:
  1. Imam Yahya bin Syaraf An-Nawawi Ad-Dimsyiqi.
  2. Imam Abu Ishaq Al-Marwazi.
  3. Imam Abu Ishaq As-Syairazi.
  4. Imam Abu Hasan Al-Mawardi.
  5. Imam Abu Abbas Bin Suraij.
  6. Imam Tajuddin As-Subki




Akhirnya, beliah telah menghembuskan nafas terakhir sekitar tahun 204H / 820M di Mesir. Sebelum itu, beliau sempat membacakan syair yang mengandungi pengakuan seorang hamba yang banyak melakukan maksiat kepada Allah dan mengharapkan segunung keampunan (boleh cari kat Utube tajuknya "Elaika").




Akhir kalam, semoga perkongsian ini dapat memberikan sedikit sebanyak info kepada pembaca semua dan meniup semangat untuk mencontohi mereka semua Insya Allah. Teringat penulis satu hadis Nabi SAW, "Sesungguhnya para ulamak adalah pewaris para nabi....". Perjuangan para ulamak dalam memastikan ilmu terus-menerus diwarisi mesti kita puji dan hargai kerana kesungguhan mereka berjalan jauh beribu-ribu batu demi menuntut satu ilmu sahaja. Sekarang ni kita tak perlu berjalan jauh bahkan tak perlu berjalan untuk mendapatkan ilmu. Semuanya mudah dan senang. Bukan itu sahaja, ada juga ulamak yang terpaksa menanggung pelbagai penderitaan seperti Imam Ahmad Bin Hanbal dan lain-lain untuk memastikan akidah umat Islam terpelihara daripada sebarang keraguan. Semoga Allah merahmati mereka dan menempatkan mereka dengan As-Syuhada' dan As-Sodiqin.

OK, bertemu lagi di lain waktu. Jika ada sebarang pembetulan dan komen, sila lontarkannya di ruangan komentar. Tunjuk ajar anda semua amat saya hargai. Sekian.....

اللهم اغفرلهم وارحمهم وعافهم واعف عنهم 
 اللهم اجعلنا منهم أمين يا الله
وآخر كلامي بالكلمة الحسنة السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Rujukan:
  1. Buku Rujukan Pendidikan Islam SPM.
  2. Imam Syafie Pejuang Kebenaran, Abdul Latip Talib, cetakan ketujuh (2012), PTS Litera Utama Sdn. Bhd., Selangor, Malaysia.
  3. 300 Hadis Bimbingan, Zahazan Mohamed, Ahmad Hasan Mohd. Nazam, cetakan pertama (2007), Telaga Biru Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, Malaysia.
  4. Al-Madkhal Ila Dirasah Al-Mazahib Al-Fiqhiyyah, Dr.Ali Jumaat, cetakan keempat (2012), Dar As-Salam, Kaherah, Mesir.



Saturday, 21 February 2015

AL-KISAH bermulanya aku.....




بسم الله الرحمن الرحيم 
الحمد الله والصلاة والسلام على النبي المصطفى وعلى آله وأصحابه الذين يتبعون على سبيل الهدى
أما بعد...

Assalamualaikum semua...

Sebelum memulakan "leteran" ini, rasanya masih sempat lagi penulis mengucapkan selamat bercuti kepada semua bersempena Tahun Baru Cina. Hari ini penulis ingin berkongsi sedikit pengalaman belajar sepanjang semester 2 dalam Diploma Syariah Islamiah di MARSAH (sebab penulis sedang "berhibenasi" selama tiga bulan a.k.a cuti sem). Ermm penulis membuat pengakuan bahawa diri ini bukan lepasan mana-mana sekolah agama mahupun sekolah arab atau maahad sehingga penulis berjaya menceburkan diri dalam bidang agama. Di menengah pun, penulis ini hanyalah bersekolah di sekolah menengah biasa (bukan SMKA atau SMA) bergelar pelajar sains tulen (konon dipandang tinggi sangatla kan) di tingkatan 4 dan 5 (tidak mengambil tambahan Bahasa Arab atau Subjek Syariah Islamiah dan lain-lain) dan telah berjaya menduduki SPM pada tahun 2013. Keputusan? Rahsia sudah.... Namun begitu, bidang sains bukanlah hala tuju sebenar penulis kerana penulis lebih cenderung dan berminat kepada bidang agama. After that, mohon la UPU dan memilih beberapa universiti islam yang menawarkan bidang agama. Malangnya, satu pun tidak dapat. Setelah lama berfikir mungkin bagi penulis keputusan SPM penulis "tak laku" bagi mereka sebab tidak tercatat secara zahir mahupun batin perkataan "Bahasa Arab", "Bahasa Arab Tinggi", "Syariah Islamiah", dan "Al-Quran dan Sunnah". Akhir sekali, takdir Allah penulis memohon di tempat penulis belajar sekarang dan Alhamdulillah dapat juga masuk bahkan lebih menyeronokkan penulis dapat bidang Syariah Islamiah (pada asalnya nak masuk bidang Usuluddin hehehe). Terkabul juga hajat di hati hehehe (Pada awalnya dapat Matrik jurusan Sains tapi not my live hehehe).....

Itu mukaddimah saja. Semasa penulis di semester 2, subjek yang menjadi silibus atau sukatan kursus Diploma Syariah Islamiah ialah:
  1. Fiqh Ibadah (فقه العبادات)
  2. Kehakiman dalam Islam (القضاء في الإسلام)
  3. Aqidah Islamiah (العقيدة الإسلامية)
  4. Pengantar Usul Fiqh (المدخل إلى أصول الفقه)
  5. Ulum Al-Quran (علوم القرءان)
  6. Tamadun Islam (الحضارة الإسلامية)
  7. GERKO - Tekonlogi Maklumat 
Semua subjek tersebut menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar melainkan subjek GERKO. . Sepanjang empat bulan lebih ini pelbagai dugaan yang bagi penulis boleh dikatakan mencabar la juga sebab:
  1. Semua tugasan dalam Bahasa Arab (nak buat ayat sendiri tak berapa reti hehehe)
  2. Memahami nota-nota kuliah dan kitab dalam Bahasa Arab
  3. Persembahan power-point dalam Bahasa Arab (Nasib baik leh syarah dalam BM)
  4. Menghafaz sedikit sebanyak dalil daripada Quran mahupun hadis untuk tujuan istidlal sesuatu hukum
  5. Isu gerak kerja dan pesekitaran
  6. Peperiksaan dalam bahasa Arab (walaupun dibenarkan menjawab dalam BM tapi bagi penulis biarlah dalam BA lebih aula hehehe)
Semasa semester 1, boleh dikatakan 95% peratus subjek dalam bahasa Melayu (tapi subjek Bahasa Inggeris I memang la dalam BI kan). Apa....Pointer sem 1??? Macam biasa BIARLAH RAHSIA... Tapi, Alhamdulillah semua pensyarah amat bersedia membantu pelajar untuk memahami satu-satu subjek dan tajuk . Tambahan pula, mereka faham bukan semua pelajar mampu mengusai bahasa Arab dengan baik dan mantap. Walau bagaimanapun, penulis cuba mengatasi setiap masalah itu sedikit demi sedikit tapi penulis masih lagi sangkut di  pada nomobr 5 iaitu isu gerak kerja dan persekitaran (walaupun kena duduk asrama, penulis cabut dudk rumah) dan 6 bab peperiksaan (kita baru habis final sem 2 hehehe). Apabila dikenang kembali, rasa macam....macam...macam.... entahlah bercampur baur. Apa-apa pun doakan penulis dan sahabat penulis mendapat pointer yang baik Insya Allah Amennn!!!! 

Dalam belajar ni, penulis sering teringat kata-kata seorang ulamak (tak silap Imam Muhammad Bin Idris As-Syafie) yang lebih kurang begini, " Jika tidak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan". Boleh kata sentap juga la. Bukan itu sahaja, penulis sering menjadi 2 lagu mengenai Universiti Al-Azhar (entah lagu tema ke lagu apa) yang bertajuk "انا ابن الازهر الحاني"  dan satu lagi tu tak tahu apa tajuknya (ada wajah-wajah masyaikh Al-Azhar yang pertama sampai sekarang) sewaktu menyiapkan tugasan sebagai halwa telinga (Niat penulis nak belajar di Al-Azhar tapi laluan tempat penulis lebih ke Jordan hehehe tengoklah mana-mana nanti yew). Penulis bukan jenis makhluk yang asyik mengadap laptop je ada la juga keluar jalan-jalan makan angin tuk cari ketenangan hehehe (sangat la). Belajar is belajar, main is main. Tapi masa belajar jangan main-main.

Semua orang nak berjaya. Tiada umat pun yang nak melingkup (bahasa kasar kepada "gagal") dalam kehidupan. Justeru itu, langkah menuju kejayaan itu biarlah jelas dan zahir bukan sekadar angan-angan Mat Jenin Alaf Baharu dan samar-samar. Seorang bayi pun tidak akan mampu berjalan andai dia sendiri tak mahu bangun daripada merangkak. Jatuh bangun, sakit lelah itu biasa sebab penghujungnya nanti kemanisan kejayaan dapat dirasa dengan nikmatnya. Penulis bukan nak poyo sebab saya sendiri pun perlu berusaha untuk berjaya bukan sekadar "pandai cakap" bak kata Lan Todak. Apa yang penting, sebagai mahasiswa kita perlu bergerak ke arah cita-cita. Laju perlahan itu atas diri masing-masing asalkan BERGERAK!!! Menurut kajian, kejayaan menusia itu 90% datang daripada usahanya sendiri (usaha + doa + tawakal) dan lagi 10% pertolongan orang lain. Buka iu sahaja, Ibu bapa penulis (Semoga Allah merahmati mereka berdua) tidak terlalu menekan dan lebih bersikap "open minded". Bagi mereka mudah saja, "asal kau boleh bawa sudah".. Hahahah Simple Present Tense.

Andai orang di sekelilling tidak memotivasikan kita, kita perlu cari cara untuk memotivasikan diri sendiri. Penulis amat tersentap dengan quotes daripada Ulamak Islam dan Filosof Yunani mengenai pembentukan sahsiah dan pemikiran. Memang kekadang "makan organ dalaman" juga kalau baca. (Sekali lagi penulis bukan nak poyo atau bajet bagus cuma nak berkongsi saja. Tak wajib pun ikut 100% apa yang ditulis mana-mana yang baik ambil dan yang buruk tinggal).

Oklah, jika mana-mana pembaca yang ingin berkongsi pandangan dan komen korang silalah lemparkan komentar di ruangan yang telah disediakan. Jika terdapat silap dan salah, mohon diperbetulkan yew. Biasalah pucuk muda baru nak naik. Akhir kalam, sampai di sini  sahaja pertemuan kita kali ini, sampai jumpa di lain waktu Insya Allah. 

Sekian, wasalam......









Tuesday, 17 February 2015


HAJI BAKHIL BIN LEBAI KEDEKUT

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله حمدا كثيرا على كل حال وفي كل حال
يا رب صل على محمد وعلى آله وأصحابه وسلم
أما بعد...

Assalamualaikum para pembaca sekalian....



Pada pertemuan kita kali ini, saya nak berkongsi sedikit mengenai satu sifat yang mazmumah (tercela) iaitu bakhil a.k.a kedekut. Sebelum itu, saya ingin bertanya, adakah kawan-kawan pernah menonton filem Labu Labi arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee di televisyen. Ermmm saya pasti mesti kalian sudah menontonnya sebelum ini bahkan mungkin sudah menontonnya berulang-ulang kali. Berdasarkan tajuk di atas, mesti sahabat kenal siapakah dia? Siapa lagi kalau bukan Haji Bakhil (Udo Umar), majikan kepada Labu (P.Ramlee) dan Labi (Mohd Zain) serta bapa kepada Manisah (Seniawati Mariani).Bagi penulis, babak yang menunjukkan si Haji Bakhil ini sungguh “pemurah” apabila Si Manisah ingin membeli tiga buah mesin jahit dengan harga 500 Ringgit. Tiba-tiba Haji Bakhil jatuh pengsan (sebenarnya hanya pura-pura pengsan saja bak kata isterinya). Hehehehe gelagat yang mencuit hati. Timbul pula persoalan, masih wujud lagikah “spesies” orang seperti ini di dunia moden ini? Hermmm insya Allah kita akan bincangkan bersama-sama.



Bakhil merupakan satu sifat daripada sifat-sifat mazmumah. Manusia yang memiliki sifat seperti ini biasanya amat berkira-kira dalam berbelanja dan berasa sayang untuk mengeluarkan hartanya untuk sesuatu perkara walaupun perkara itu melibatkan soal-soal agama. Hal sedemikian amatlah buruk dan keji dalam agama kerana sifat bakhil secara tidak langsung mendidik rohani si pelaku untuk berlaku tamak dan zalim terhadap orang lain. 



Namun begitu, ramai juga si bakhil ini menggunakan isitilah “berjimat” dan “tidak suka membazir” sebagai  alasan dan dalih untuk tidak mengeluarkan hartanya untuk orang lain yang amat memerlukan dan kurang bernasib baik. Selain itu, mereka merasakan bahawa mereka memiliki segunung emas, apabila diberikan sekeping sahaja kepada orang lain seolah-olah segunung emas itu akan menjadi bukit atau paling ditakuti menjadi tanah pamah sahaja. Bukan itu sahaja, mereka berasa rugi yang amat besar kerana kehilangan sekeping emas sahaja!!!!



            Oleh yang demikian, banyak ayat Al-Quran dan Hadis Nabi SAW merakamkan celaan dan penghinaan kepada manusia yang bakhil khasnnya mereka yang tidak suka menginfakkan harta mereka ke jalan Allah dan tidak menunaikan kefarduan zakat. Misalnya:

  • 1.      Ali Imran ayat 180 :-

“Dan janganlah orang-orang yang kikir (memberikan) dengan apa yang Allah kurniakan kepadanya dari kelebihan-Nya mengira kekikiran itu baik bagi diri mereka. Tidak!!! Bahkan itu adalah buruk bagi mereka. Nanti harta yang mereka kikirkan itu akan digantungkan di leher mereka pada Hari Kiamat”.

  • 2.      Surah At-Taubah ayat 34-35 :-

“Orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya di jalan ALLAH, berilah khabar gembira akan mendapat siksa yang pedih.  Yakni di saat emas dan perak itu dipanaskan di neraka jahannam, kemudian diseterikakan ke kening, pinggang dan punggung mereka.  Inilah harta yang kamu simpan-simpan buat dirimu itu.  Nah, rasailah hasil simpananmu!”

  • 3.      “Barangsiapa yang ALLAH kurniakan harta, kemudian dia tidak mengeluarkan zakatnya, akan didatangkan kepadanya pada Hari Kiamat seekor as-Shuja’ al-Aqra’ (ular yang tidak ada rambut disebabkan mempunyai terlalu banyak racun bisa dan umurnya yang panjang) yang memiliki dua taring yang keluar daripada mulutnya (ataupun dua tanda hitam di atas matanya yang melambangkan ia adalah ular yang paling ganas dan buruk) ia akan melilitnya pada Hari Kiamat, kemudian akan menggigit kedua rahangnya sambil berkata:  “Akulah harta kamu, akulah simpanan kamu.”  Kemudian Baginda sallAllahu `alaihi wasallam membaca firman ALLAH…… (dari surah Ali `Imran, ayat 180 seperti disebut di atas)”  (HR al-Bukhari 1338)


  • 4.      “Orang yang kikir jauh dari Allah, jauh dari manusia, jauh dari syurga dan dekat dengan api neraka”- (Hadis ini dipetik dari Kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman oleh Imam Abdullah Al-Haddad)

Jika diikutkan banyak lagi nas-nas yang menjelaskan kejelekan orang yang bakhil ini. Namun begitu, silalah rujuk kitab-kitab yang lain khususnya kitab-kitab tasawuf yang muktabar untuk pengetahuan yang lebih lanjut. Make it as your homework hahahaha......



            Ketahuilah! Tidak rugi pun menjadi pemurah kerana sikap ini amat dikasihi oleh Allah dan Rasul-Nya bahkan dikasihi oleh masyarakat setempat. Setiap apa yang kita infakkan di jalan Allah sama ada sedekah, zakat dan lain-lainnya akan dibalas dengan implikasi yang baik dan positif seperti:

1.      Kebaikan di sisi Allah.
·         “Barangsiapa yang terpelihara dari kekikiran dirinya, maka mereka itulah orang-orang yang bahagia”- (Surah Al-Hasyr: 9)
·         “Ketahuilah, bahawasanya semua orang yang murah hati ditempatkan di syurga. Ini sudah ditentukan oleh Allah dan saya menjadi penjamin baginya. Dan ketahuilah pula, bahawasabya semua orang yang kikir akan ditempatkan di neraka. Ini sudah ditentukan Allah, dan saya menjadi penjamin baginya.”- (Hadis ini dipetik dari Kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman oleh Imam Abdullah Al-Haddad)

2.       Balasan pahala yang besar.
·         “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”- (Surah Al-Baqarah: 261)
·         “Setiap yang berada di bawah naungan amalan sedekahnya sehinggalah diadili di antara manusia (pada hari kiamat).”- (H.R Ahmad)

3.      Harta yang melimpah ruah.
“Jika engkau mensyukuri nikmatKu maka akan Kutambah nikmatku padamu, dan jika engkau mengkufuri nikmatKu sesungguhnya Azabku sangat pedih.”- (Surah Ibrahim: 7)

4.    Penyucian terhadap rohani dan jiwa agar terus diselaputi sifat zuhud dan qanaah."
"Wahai Anak Adam! Adakah kamu memiliki daripada hartamu melainkan apa yang engaku makan lalu engkau mengahabiskannya, atau engkau memakainya lalu engkau melusuhkannya, atau engkau bersedekah lalu kekalkannya (pada hari pembalasan)?” – (H.R Muslim)

            Kesimpulannya, umat Islam harus mengikis sifat bakhil dalam dirinya dan berusaha untuk sentiasa menghulurkan bantuan apabila diperlukan. Usahlah berasa sangsi dan ragu terhadap janji Allah kerana Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya. Manalah tahu silap hari bulan, dengan RM 1 masuk ke dalam tabung derma, Allah akan membalasnya lebih dari itu. Ingat, apa yang kita keluaran pasti ia masuk kembali, jika tidak akaun dunia tapi akauan akhirat kita. Sebelum tamat, nak kongsi satu hadis,
      • “Sedekah kepada golongan miskin, ganjarannya hanya sekadar pahala sedekah; sedangkan kepada mereka yang mempunyai hubungan silaturahim terdapat dua ganjaran iaitu pahala sedekah dan pahala menjalin hubungan silaturahim.”- (H.R Tirmizi).


 Wallahu A’lam semoga bertemu di lain masa Insya Allah....

أسأل الله تعالى خيرا كثيرا في هذه الكتابة. وأقول قولي هذا وأستغفر الله العظيم لي ولكم...
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...


Rujukan:
  • 1.      Al-Quran Al-Karim.
    2.      Nasihat Agama dan Wasiat Iman, Imam Habib Abdullah Haddad, Cetakan ke-18 (2012), Pustaka Nasional PTE LTD, Singapura.
    3.      300 Hadis Bimbingan, Zahazan Mohamed, Ahmad Hasan Mohd. Nazam, Cetakan Pertama (2007), Telaga Biru Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, Malaysia.
    4.      Wikipedia.

Tambahan:
  • 1.      Jika ada sebarang kesilapan, sila beri tunjuk ajar kepada saya.

Saturday, 14 February 2015

AQIDATI....Akidahku!!!!


...بسم الله الرحمن الرحيم
 ...الحمد لله الذي أرسل رسوله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله ولو كره الكافرون
...اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين
أما بعد...

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah bertemu lagi kita di ruangan yang terbatas ini. Dengan keterbatasan waktu ini, saya ingin berkongi secara ringkas mengenai hakikat tauhid dan keimanan kepada Allah. Teringat saya dialog Johan terhadap Zizan dalam kisah "Drogba dan Rooney" yang berbunyi "Mana akidah kau???". Hahaha walaupun itu sekadar bahan ketawa dan lelucon semata-mata, tapi pernahkah kita bertanya, "Adakah akidah yang aku pegang selama ini sahih dan benar? Apakah selama ini kepercayaan aku kepada Allah adalah benar? Atau bercampur-baur dengan perkara-perkara yang mencemarkan kesucian dan kemurnian akidah?". Jika ada persoalan seperti itu berlegar-legar di fikiran, adalah lebih baik jika mengambil langkah drastik untuk membetulkan kembali akidah kita dan memperkukuhkannya di dalam diri kita. Cabaran akidah pada hari ini sungguh menggusarkan di tambah pula kes-kes yaang berkaitan akidah kini menjadi barah dalam masyarakat. Waspadalah!!!!

Tanpa memanjangkan bicara saya, marilah kita berkenalan dengan akidah tauhid Islam dari sudut takrifan, nama lain baginya, skop perbahasan, hukum mempelajarinya, metadologi dan kepentingannya. Sebelum itu, saya ingin bertanya. Surah apa yang paling jelas memaparkan ciri-ciri akidah yang sahih dan benar? Ya, anda mesti tahu jawapannya iaitu Surah Al-Ikhlas. Apakah keistimewaan Surah Al-Ikhlas sehingga Nabi Muhammad SAW sering membacakannya pada rakaat kedua solat sunat qabliyyah subuh kerana sabit daripada sebuah hadis yang berbunyi, "Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW pernah membaca pada dua sunat subuh قل يأيها الكافرون dan قل هو الله أحد"? Syeikh Mutawalli Sya'rawi pernah mengatakan di dalam tafsirnya bahawa surah ini merupakan penetapan dan pengakuan kepada akidah tauhid Islam. Masya Allah!!! Sungguh hebat surah ini. Lihatlah sahaja ayat pertamanya menerangkan bahawa Allah itu bersifat dengan tunggal tidak ada tuhan sebelum dan selepasnya serta tidak ada sesuatu yang setanding dengannya. Jika ingin mengetahui lebih lagi mengenai surah Al-Ikhlas, silalah rujuk kitab-kitab tafsir yang ada di pusat-pusat sumber atau boleh didapati di kedai-kedai buku.

Apakah itu tauhid? Tauhid dari segi bahasa dipetik daripada perkata " وحّد" iaitu menyatukan. Dari sudut istilah pula terlalu banyak tetapi saya memetik satu daripadanya iaitu menunggalkan Allah pada sifat-Nya, zat-Nya dan perbuatan-Nya serta menafikan kesamaan dengan segala makhluk. Ilmu tauhid pula bermaksud ilmu yang membahaskan mengenai pengisbatan (penetapan) pegangan agama dan perkara yang berkaita dengannya. Ilmu Tauhid juga turut dikenali dengan nama lain seperti Akidah, Usuluddin, Ilmu Kalam dan Fiqh al-Akbar (menurut imam Abu Hanifah r.a.). 

Apakah perbahasan yang menjadi teras dalam tauhid? Sesetengah ulamak menyatakan bahawa perbahasan dalam tauhid berkisar mengenai kaedah beriman dengan rukun iman yang enam dan mereka turut membahagikannya kepada tiga perbahasan utama dalam tauhid iaitu Ilahiyyat (perkara yang berkaitan dengan ketuhanan dan sehubungan dengannya), Nubuwwat (perkara yang berkaitan dengan kenabian dan sehubungan dengannya) dan Sami'yyat (perkara yang berkaitan  dengan perkara ghaib). Apa pula hukum mempelajari ilmu tauhid ini??? Wajib? Sunat? Makruh? Harus? Atau Haram? Saya menakalkannya menurut kitab Hasyiah Imam Al-Bajuri,"فيجب على كل مكلف من ذكر أو أنثى وجوبا عينيا معرفة كل عقيدة بدليل ولو إجماليا, وأما معرفتها بالدليل التفصيلي ففرض كفاية...." yang bermaksud, "maka wajib ke atas setiap mukallaf baik lelaki mahupun perempuan wajib ain mengetahui akidah walaupu dengan dalil ijmal (ringkas) dan adapun mengetahuinya secara tafsil (terperinci) maka ia fardu kifayah". Untuk mengetahui mengenai ijmal dan tafsil dalam pengajian akidah, boleh merujuk kitab-kitab dan buku-buku yang berkaitan dengan akidah.

Metadologi atau kaedah ilmu tauhid yang menjadi kebiasaan masyarakat Islam ialah Tauhid Sifat 20 dan Tauhid 3 Serumpun. Saya akan menceritakan secara ringkas setiap tauhid itu. Jika ingin mengetahui lebih, sila rujuk para alim-ulamak dan para asatizah.

Tauhid Sifat 20 merupakan metadologi tauhid dengan mempelajari  sifat Allah dan yang berkaitannya yang bermula dari sifat wujud hingga kaunuhu mutakalliman yang telah dipelopori oleh Imam Abu Hasan As-Asyaa'rie dan Imam Abu Mansur Al-Maturidiah. Setiap sifat yang itu dipetik daripada dalil naqli berdasarkan Al-Quran dan Hadis serta dalil akal. Sebagai contoh, sifat wahdaniyyah (tunggal, esa) berdalilkan ayat Al-Quran "ليس كمثله شيء وهو السميع البصير" dan dalil akalnya,"Jika tuhan itu banyak, maka hancurlah bumi dan langit kerana masing-masing nak tunjuk kehebatan dan pasti berlaku perselisihan antara mereka". Kaedah ini sering kali terdapat di dalam kitab- kitab ulamak Nusantara seperti Al-Allamah Ar-Rabbani Syeikh Daud Fathoni. Bukan itu sahaja, ia juga menjadi pegangan majoriti Ulamak Dunia seperti Ulamak Al-Azhar As-Syarif. Mereka yang berpegang dengan kaedah ini diberi gelaran Asyai'rah dan Maturidiah.

Tauhid 3 serumpun merupakan metadologi tauhid yang diasaskan oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (melainkan Tauhid Asma' Wa Sifat). Tauhid ini berorientasikan mazhab salaf. Tauhid ini terbahagi kepada 3 iaitu Tauhid Rabubiyyah, Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Asma' wa Sifat. Kaedah ini diteruskan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab. Beberapa tokoh ulamak besar yang berpegang dengan kaedah ini ialah Syeikh Ibn Baz, Syeikh Soleh Al-Utsaimin, Syeikh Soleh Ibn Fauzan dan lain-lain. Mereka yang berpegang dengan kaedah ini diberi gelaran Salafi.

Apa pula kepentingan mempelajari tauhid? Jawapannya sendiri pasti anda sudah mengetahuinya dan tidak perlu saya jelaskannya di sini. 

Akhir kalam, marilah sama-sama kita memantapkan akidah kita dengan mengunjungi majlis-majlis ilmu kerana dengan cara inilah ulamak dapat merawat akidah, syariat dan tasawuf kita. Ambillah "antibodi" itu untuk kebaikan dan kesehjahteraan kita di dunia mahupun di akhirat. Semoga Allah menjauhi kita daripada parasit-parasit akidah seperti waham (banyak tak percaya daripada percaya), syak (separuh percaya, separuh tidak) dan zon (banyak percaya dan ada sedikit yang tidak percaya) serta virus-virus akidah yang kian menular dalam masyarat seperti syirik dan khurafat. 

Sekian sahaja untuk peretemuan kita pada kali ini.... Assalamualaikum



Rujukan:

1. Nota Kuliah Akidah Islamiah, Kuliyyah Syariah Islamiah Semester 2, Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH).

2. Pendapat Ulamak Sunni Terhadap Salafi Wahabi, Syaikh Idahram, Cetakan Pertama (2012), Inteam Publication Sdn. Bhd., Malaysia.

3. Fiqh Syafii Jilid 1, Haji Idris Ahmad S.H, Cetakan 2006, Pustaka Antara Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. Malaysia.

4. Tafsir Juz Amma, Syiekh Mutawalli Sya'rawi, Cetakan 2008, Dar Ar-Rayah.

5. Hasyiyah Imam Al-Bajuri Ala Jahratul Tauhid, Imam Al-Bajuri, Cetakan Pertama (2002), Dar As-Salam, Kaherah, Mesir.

6. Al-Akaid Al-Islamiah, Syed Sabiq.




Tambahan:

1. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah, Ustaz Fareed Bin Awie Al-Fathoni kerana menjadi tenaga pengajar bagi subjek Akidah Islamiah bagi Kuliyyah Syariah Islamiah Semester 2 Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH). Syukran ya Syeikh!!!!

2. Jika terdapat sebarang kesilapan, mohon diperbetulkan. Biasalah budak mentah yang menulis ^_^.



MUKADDIMAH SEORANG HAMBA






بسم الله الرحمن الرحيم
إن الحمد لله والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه والتابعين وتابع التابعين وتابعهم بإحسان إلى يوم الدين
أما بعد...

Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh....

Permulaan blog ini saya mendahulukan Pemilik Alam Semesta supaya saya yang menulis dan anda yang membaca sama-sama memperoleh keberkatan. Saya teringat akan sabda Rasulullah SAW: "Setiap perkara yang memiliki kepentingan, tidak diawali dengan Bismillahirahmanirrahim maka dia terputus".



Seorang mufassir daripada Singapura, As-Syeikh Ustaz Ahmad Sonhadji Bin Mohamad pernah menukilkan tafsirannya mengenai Basmallah (lebih biasa dipanggil "Bismillah") pada surah Al-Fatihah, "Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dimulai dengan nama Allah 'Bismillah'. Hukum membaca Bismillah itu sunat (diberi pahala). Sebabnya membaca Bismillah itu sunat, kerana Al-Quran sendiri dimulai dengan Bismillah- sebagai pelajaran kepada orang-orang Islam- supaya sebarang kerjanya adalah semata-mata untuk Allah dan di atas nama Allah, tidak di atas nama yang lain"- (Tafsir Al-Quran Abril Asir (Tafsir Al-Quran di Radio) Juz 1, Ustaz Ahmad Sonhadji Bin Mohamad, Cetakan 2011, Pustaka Salam Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, Malaysia.).



Bukan itu sahaja, sebahagian ulamak beranggapan bahawa Basmalah merupakan satu daripada ayat-ayat pertama yang diturunkan- (Mubahith Fi Ulum Al-Quran,  Manna Al-Qatthan, Maktabah Wahbah, Kaherah, Mesir).



Selain itu, membaca Basmalah di permulaan apa-apa juga perkara merupaka satu daripada senjata-senjata orang mukmin untuk memerangi syaitan- (Rumah yang Disukai Malaikat Rahmat, Muhammad As-Sayim, Pentahqiq Syed Zain Bin Husin Al-Habshi, Pustaka Azhar, Malaysia).




Di samping itu, Syeikh Abdullah Nasih Ulwan menukilkan di dalam kitabnnya bahawa satu daripada adab-adab makan dan minum idalah membaca Basmalah kerana sabit daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Umar Bin Abu Salamah katanya: Aku penah berada di pangkuan Rasulullah SAW sewaktu kecil, dan tanganku sentiasa meraba-raba di dalam asahan makanan. Maka berkata Rasulullah SAW kepadaku, "Wahai anak kecil! Baca Bismillah, makan dengan tnagan kananmu dan makanlah apa yang di hadapanmu (terdekat)"- (Pendidikan Awal Kanak-Kanak Jilid 1, Syeikh Abdullah Nasih Ulwan, cetakan ke-17, Pustaka Nasional PTE LTP, Singapura).



Jika kita berfikir di luar konteks "point" yang dinayatakan sebentar sahaja tadi, kalimah Basmalah itu sendiri menunjukkan bahawa Islam agama yang lembut dan menafikan keganasan. Permulaannya dengan menyebut sifat Allah, Tuhan Sekalian Alam dengan "pengasih" dan "penyayang" bukan "zalim" dan "kejam". Justeru, kita sewajarnya menyangkal bahkan menafikan segala tuduhan, dakwaan dan propaganda Barat yang melabelkan dan menjenamakan Islam dan penganutnya sebagai pengganas. Ironinya, mereka yang mengaku dan mendabik dada sebagai pembela dan penyelamat itulah yang bertanggungjawab dalam pembantaian dan penindasan secara mental dan fizikal umat Islam di tanah air mereka sendiri. Umat Islam menjadi pengemis di bumi sendiri!!!!



Sikap "double standard" Barat menyebabkan umat Islam terus dihina dan diperlekeh kerana mereka sentiasa berdiri barisan hadapan untuk membuat liputan kejadian letupan atau pembunuhan di negara-negara Eropah dan Barat apabila suspek yang terlibat ialah SEORANG MUSLIM dan pasti berita tersebut mendapat tempat di dada-dada akhabr dan dipertontonkan kepada dunia. Tetapi lihat sahaja apa yang menimpa umat Palestin dan Syria, keadaan mereka tidak mendapat liputan meluas dan hanya tertumpu di laman-laman sosial seperti Facebok.



Di samping itu, mereka sengaja mejadikan isu-isu sensitiviti umat Islam sebagai provokasi agar umat Islam melancarkan "serangan" dan "keganasan" ke atas mereka. Oleh itu, mereka mudah menjadikan alasan hal itu sebagai bukti yang "kukuh" untuk menuduh umat Islam.

Sebagai penyimpul bicara, cuba kita fikirkan sejenak. Kita masih tidak sedar bahawa Barat sedang mencuci minda atau "brainwash" masyarakat dunia mengenai Islam sebagai agama keganasan. Oleh yan demikian, itu menjadi tanggungjawab umat Islam bersama-sama untuk membetulkan mentaliti masyarakat mengenai Islam. Jika usaha tidak segantang, secupak pun memadailah. Sekian sahaja untuk pertemuan kita pada hari ini. Semoga bertemu di lain hari.

Assalamualaikum.....