MUSIM BARU SEMANGAT BARU
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أجمعين
...اما بعد
Assalamualaikum semua. Apa khabar semua? Harap-harap sihat selalu. Alhamdulillah bertemu lagi kita di kesempatan ini untuk mendengar celoteh penulis hehe. Baiklah, sekarang sudah dua minggu penulis sudah memulakan musim pengajian yang baharu. Terasa senior kau jah haha. Namun begitu, seperti yang dijangka tugasan kini sudah memenuhi ruang folder "Pengurusan Semester 4". Untuk semseter ini, penulis perlu mempelajari beberapa subjek baharu (rasanya penulis sudah memberitahunya di posting lepas tapi ada beberapa perubahan yang tidak diduga huhu):
- Bahasa Arab 3 (Ustaz Ahmad Al-Hafiz Rustam Afendi)
- Ayat Hukum 1 a.k.a Asas Ayat Hukum (Ustazah Faredah Binti Mohd Said)
- Ulum Al-Hadith (Dr. Muhammad Said Tolba)
- Sejarah Perundangan Islam (Ustaz Yazid Bin Baharin)
- Tafsir (Ustaz Abdul Rasyid Lahu Muhammad)
- Sistem Perundangan Malaysia
Fuhh semua subjek nampak cam taff kan? Doakanlah penulis ini agar dipermudah menempuhi semua subjek yang ada. Subjek apa tak penting. Yang penting persediaan kita menghadapinya. Bukan nak cakap kacang mana pun tapi kalau berusaha insya Allah boleh je bawa. Teringat pula pesan Pensyarah penulis Hafizahullah. Asas bagi penuntut ilmu itu ada tiga:
- Adab
- Kehadiran
- Kesungguhan
Alhamdulillah juga result exam dah keluar. Apa?? Nak tau result? Nantilah penulis post kat masa lain. Tak suprise plak beritahu awal2. Ni penulis nak share beberapa picture sepanjang dua minngu ni:
Kitab yang penulis pakai semasa kuliah. Download PDF kitab then print out. Huhu save bajet nak fotostet bagai. Cover warna ungu tu kitab Rawai' Bayan untuk kelas Ayat Hukum 1 manakala cover kuning Tafsir Al-Munir untuk kelas Tafsir.
Satu daripada tugasa yang perlu disiapkan iaitu Pembentangan Tafsir bawah bimbingan Ustaz Abdul Rasyid Lahu Muhammad.
Muhadarah Sejarah Perundangan Islam bersama-sama Ustaz Yazid Bin Baharin. Awesome gitu!!!
Semangat nak belajar ni perlu renew sepanjang sem bahkan setiap hari. Ingat lesen mati je kene renew. Sebab apa? Supaya kesungguhan dalam medan ilmu sentiasa hidup. Oleh itu, persediaan perlu dilakukan sebelum musim baru pengajian bermula. Ni penulis nak share beberapa quote yang agak sentap bagi mereka yang masih bergelar "MAHASISWA":
Ini yang paling menusuk kalbu. Dalam hidup perlu begerak. Jangan asyik duduk diam tak buat apa-apa. Paling parah dah jadi student IPT tapi habit "asyik bersuap" masih lagi bertugu di hati. Penyakit seperti ini amat berbahaya jika "berjangkit" kat orang lain. Hati-hatilah bila berjumpa dengan spesis "terancam" macam ni yew.
Realiti bro sis semua. Matlamat belajar yang utama ialah menambah ilmu. Tapi sistem akhir zaman lebih menekankan mahasiswa untuk jadi "robot" bukan menjadi ilmuwan terulung.
Kata-kata Aristotle yang amat baik dan bernilai. Sebab itulah belajar ni bukan mudah. Perlu menempuh kesusahan dan kepahitan. Tapi ingatlah penyudahnya manis yang kita rasa
Apa yang penting dalam hidup buat sesuatu yang memberi impak yang postif kepada diri sendiri dan orang lain. Baru bahagia hidup.
Semua orang ada otak. Tapi yang membezakan otak kita sama ada sampah atau berlian ialah PENGETAHUAN. So, susun strategik dan mulakan dari sekarang!!!!!
Ok lah semua. Cukuplah untuk hari ini yew. Dah macam tak de idea lagi ni hehehe. Berjumpa di hari lain. Sekian.
السلام عليكم ورحمة الله