Friday, 23 October 2015


ITU HARAM INI HARAM!!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

 الحمد لله الملك المعبود والصلاة والسلام على سيدنا محمد ذي المقام المحمود وعلى آله وأصحابه أجمعين

أما بعد...

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah hari kita bertemu lagi di hari penghulu segala hari dan juga "hari raya" bagi umat Islam. Ok, kita teruskan cerita. Baru-baru ini ada satu gambar keratan akhbar di Facebook mengenai pengharaman "Vape" oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Mungkin segelintir masyarakat menerimanya dengan baik tetapi mungkin ada juga di sana membantah sekeras-kerasnya. Ini saya bawakan keratan akhbarnya:


Tujuan saya menulis bukanlah untuk membahaskan dan memberi kritikan atau komen mengenai fatwa itu tetapi saya ingin memfokuskan perkataan "HARAM" seperti yang tertera di dalam akhbar itu (tak nampak pendek umur huhu). Haram (حرام/ محظور)  merupakan satu daripada hukum taklifi yang lima menurut usul feqh. Apakah maksud haram? Haram bermaksud apa-apa yang diperintahkan oleh syarak untuk meninggalkannya secara mandatori/ pasti. Baiklah, rasanya tak perlu nak cerita panjang-panjang mengenai perihal haram menurut usul feqh. Kalau nak lebih belajar subjek Usul Feqh yew hehehe.

Walau bagaimanapun, mengapakah Allah Taala mengharamkan sesuatu perkara untuk manusia atau maqasid di sebaliknya?

Jawapannya simple. Sebab Allah tahu fitrah manusia sukakan benda baik dan tak suka yang buruk2. Pengharaman sesuatu perkara itu bukan hanya membawa kebaikan untuk umat Islam malahan meliputi sekalian umat manusia dan ia perlu  dinilai menurut timbangam syarak. Justeru, mengambil yang haram tidak lain hanyalah mengundang masalah sama ada terhadap diri sendiri mahupun orang lain.  

BUKTI???

Contoh 1:

Allah mengharamkan arak di dalam Al-Quran seperti mana ayat "Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan."-(Surah Al-Maidah: 90)  kerana ia boleh merosakkan akal dan Islam amat menekan pemeliharaan daruriyyat khmasah iaitu hifz al-akal (penjagaan akal). Bukan itu sahaja, terdapat satu kaedah pecahan daripada kaedah kubra "Keyakinan tidak dihilangkan dengan keraguan" (اليقين لا يزول بالشك) iaitu "Asal melampaui daruriyyat yang lima adalah haram" (الأصل في تعدي الضرويات الخمسة التحريم). 

Cuba kita tanya pada nyonya cina sebelah rumah kita:

"Antie u suka tak u punya laki balik mabuk2 pukul sama u?"

Mesti antie tu jawab:

"Hayya wa tala suka itu macam..."

TENGOK!!! Non-muslim pun tak sukakan kesan arak itu sendiri kerana ia akan mengundang bahana yang lebih teruk. Apatah lagi kita umat Islam yang hidup berpaut pada Al-Quran dan Sunnah...

Teringat satu ayat Al-Quran mengenai perintah memakan benda yang halal lagi baik:

"Wahai MANUSIA, makanlah apa yang ada di muka bumi yang halal lagi baik dan kalian mengikuti jejak langkah syaitan kerana dia merupakan musuh yang nyata bagimu"- (Surah Al-Baqarah: 167)

Contoh 2:

Allah melarang kita mengambil riba dan memanfaatkan setiap harta riba itu. Pengharamannya jelas di dalam Al-Quran, "Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba...."- (Surah Al-Baqarah: 275) dan di dalam kalam Rasulullah saw, (Riba terdapat dalam 73 bab, dosa riba paling ringan adalah seumpama seseorang berzina dengan ibunya sendiri"-(Riwayat Al-Hakim).

Mengapa riba dilarang? Masyuk pe dapat income lebih contoh bagi pinjam RM 100 dapat balik RM 150? Ya, memang masyuk untuk yang penerima riba macam kamu tapi bagaimana pula nasib orang yang menanggung bebanan hutang yang tinggi kerana riba? Bukankah itu zalim? Kamu mengambil haknya dengan jalan yang batil. Memanglah duit yang dia hutang itu hak kamu tapi penambahan jumlah dalam hutang itu bukan lagi hak kamu. Cuba kamu yang kena macam itu kamu pun naik angin dan tertekan. Bukankah agama melarang sekeras-kerasnya kezaliman? Bukankah nanti akan ada permusuhan antara penghutang dan pemberi hutang? Yang akhirnya silap hari bulan membawa kepada pertumpuhan darah?

Mutakhir ini, kita biasa mendengar ayat seumpama "Ala semua benda haram susah la nak cari makan" atau mengatakan "ITU HARAM INI HARAM!!!!" dengan nada yang garang dan marah. Ini satu masalah yang besar. Apabila manusia tidak mempedulikan halal dan haram, maka ia akan sebati dalam kehidupan dan sukar dipisahkan umpama roh dan badan. Bak kata orang semua benda main bedal  atau sapu je.  Kesannya, ia akan mendatangkan kerosakan terhadap diri sendiri khususnya dan masyarakat serta negara amnya. Teringat penulis akan hadis Nabi saw mengenai seseorang yang dalam keadaan kusut-masai menadah tangannya ke langit sambil menyebut "Ya Rab Ya Rab" tapi apakan daya makan, minum dan pakainya haram. Kesiankan? Bergelumang dengan perkara yang haram akan menjejaskan spritual (rohani) seseorang dan menjahanamkan kesihatan jasmaninya. Oleh itu, teringat pula penulis akan empat kemuliaan diri:
  1. Bijaksana (Hikmah)
  2. Warak (Iffah)
  3. Berani (Syujaah)
  4. Adil (Adalah)
Penulis tertarik dengan takrifan warak yang disampaikan oleh pensyarah Akhlak Islamiah iaitu ambil yang halal dan jauhi yang HARAM semua. Bab halal haram ni tiada kompromi melainkan ada sebab-sebab tertentu yang membenarkan mengambil yang haram atau DARURAT.

Akhir kalam, cukuplah pennulis berceloteh untuk kali ni. Semoga bertemu di lain masa Insya Allah. Sekian...

 اللهم إنا نسالك رزقا حلالا طيبا وعلما نافعا وعملا متقبلا

السلام عليكم ورحمة الله








Monday, 19 October 2015

AKU DAN BELAJAR

  الحمد لله الذي علم أدم الأسماء كلها والصلاة والسلام علي صاحب القرءان سيدنا ومولانا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

أما بعد...

Assalamualaikum semua!!! Alhamdulillah dipertemukan kita di blog ini untuk mendengar leteran penulis ini hehe. Harap-harap pembaca semua tak jemulah ye. Ok, sekarang ni penulis sedang berehat selama sebulan sebelum memulakan pengajian semester yang baharu (penulis baru habis sem 3 dan mohon doa semua agar penulis dan sahabat cemerlang dalam final ye) yang akan berlangsung pada 8/11 nanti. Mana-mana yang baru membuka blog ini, izinkan penulis perkenalkan diri ye (bak kata orang kalau tak kenal maka tak cinta hehe):

Nama: Syukri
Umur: 19
Asal: Johor (Ayo Johor Luaskan Kuasamu huhu)
T. Belajar: Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)
Jurusan: Syariah Islamiah 
Kursus: Diploma
Cita-cita: Pensyarah, peguam, suami orang, bapa orang dll......

Sepanjang cuti ini, penulis sedang merancang aktiviti untuk semester baharu nanti bersama-sama geng buddyz penulis. Antaranya ialah:
  1. Halaqah Al-Quran
  2. Halaqah Hadis 40
  3. Halaqah Matan Ilmiah
  4. Studi 3S (Simpel, Santai, Sihat)
  5. Diskusi Mahasiswa a.k.a Mengeteh
  6. Bahas wa Taqdim (Tugasan dan Presentation)
Huhu macam best je kan? Kalau pembaca tengok cam tak best, nak buat cam mana itulah yang penulis perlu tempuhi sebelum melangkah ke medan ilmu yang lebih jauh lagi susah dari ini. Sabar je la. Teringat kata-kata seorang ahli falsafah ni (tak silap Aristotle) "Akar pendidikan itu memang pahit tapi buahnya amat manis". Hehe tersentap pula dengan quote ni. 

Ok untuk subjek sem 4 ni, penulis ada buat semakan dan penelitian ke atas senarai subjek. Insya Allah subjek yang dipelajari ialah (Perhatian: Mana-mana geng kelas syariah yang terbaca, ni sekadar agak-agak sahaja. Yang betul tak tahu yew):
  1. Fiqh Muamalat
  2. Ulum Hadis
  3. Tafsir
  4. Asas Ayat Hukum
  5. Kaedah Penyelidikan
  6. Hafazan Al-Quran 2
  7. Sistem Perundangan Malaysia
Jadi, penulis perlu membuat persiapan rapi mental dan fizikal untuk menghadapinya. Fuhhh tengok macam senang tapi botak kepala aku yang kena hadap hehehe. Oleh itu, penulis tak putus-putus memohon agar Allah menguatkan semangat penulis untuk menuntut ilmu. Betul, belajar ni penat dan lelah (kuliah yang panjang, assignment berlonggok, exam dll) tapi nak jadi alim dan faqih bukan semua boleh ekspres. Silap hari bulan kecundang kelak. So, do preparations before facing the reality huhhuh. 

Penulis teringat pesan keramat Imam Muhammad Bin Idris As-Syafiie:

أخي لن تنال العلم إلا بستة
سأنبيك عن تفصيلها ببيان
ذكاء واجتهاد وحرص وبلغة
وصحبة استاذ وطول زمان

Maksudya: Bro (senang faham), ilmu ni tak boleh dapat melainkan dengan enam perkara:
  1. Kecerdikan
  2. Keinginan yang tinggi
  3. Kesungguhan
  4. Perbelanjaan
  5. Mendampingi guru
  6. Masa yang lama
Sebab itu penulis tertarik dengan sirah alim ulamak mengenai marhalah tarbawi mereka. Kesungguhan mereka di awal usia membuah hasil dan mereka kini menjadi rujukan dan ikutan ummah. Ada juga dalam kalangan ulamak dilahirkan dalam keadaan OKU seperti cacat penglihatan. Namun begitu, daya ingatan mereka dalam menghafaz segenap ilmu amat mengagumkan! Setakat Al-Quran tu dah jadi makanan dia. Macam-macam matan dalam pelbagai subjek dah hadam dalam otak. Kita??? Jangan katakan nak hafaz  matan, nak hafal Quran pun tercungap-cungap. Mohon ke laut (termasuk penulis) lah yew huhuhu. Selain itu, penulis sering menjadikan beberapa tokoh sebagai pembakar semangat dan inspirasi seperti:

(Syeikh Al-Mufassir Mutawalli As-Sya'rawi)

(Farisul Minbar Syeikh Abdul Hamid Kishk)


Ok, cukuplah untuk hari ini. Mungkin yang terbaca blog ni cakap post kali ni bosan. Takpe la. Tengah ketandusan idea apa boleh buat. Tunggukan post yang akan datang insya Allah. Jangan marah yew :). Sekian...


ربنا ءاتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب النار

والسلام عليكم ورحمة الله وإلى اللقاء






Saturday, 17 October 2015

 "WEIII KUAR APA DOHHH???!!!!"

بسم الله الرحمن الرحيم

  الحمد لله الذي علم القرءان وخلق الإنسان وعلمه البيان والصلاة والسلام على النبي   آخر الزمان وعلى آله وأصحابه  أجمعين

أما بعد....

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah kita bertemu lagi dalam posting kali ini. Akal tiba-tiba melintaskan satu isu yang menjadi tabiat mahasiswa sebaya dengan penulis. Cuba lihat tajuk di atas? Apa yang kita faham? Pernah dengar tak sebelum ni? Of course macam terngiang-ngiang ayat di atas di telinga kanan dan kiri kita. Sebenarnya, ayat tersebut sering diungkapkan apabila pelajar sudah menghampiri ambang peperiksaan. Masing-masing pasti tertanya-tanya apakah soalan yang mugkin keluar nanti. Tak kurang juga yang menjadi "Ahli Nujum Pak Belalang" membuat ramalan (actually hanya sekadar teka-teka) mengenai bab atau tajuk yang menjadi "santapan intelektual" kelak. Saat yang paling mengujakan apabila pensyarah memberi soalan "spot" yang akan keluar dalam peperiksaan bahkan tidak kurang juga pensyarah yang memberikan soalan peperiksaan "sebiji" kepada pelajar. Fenomena ini mungkin berlaku di beberapa buah IPT tetapi adakah ia baik untuk pelajar atau sebaliknya? Mungkin kita yang membaca ni sudah ada jawapan sendiri sama ada pro atau kontra. Baiklah mari sama-sama kita diskusikan hal ini. 

Bagi mereka yang menyokong budaya meminta soalan spot daripada pensyarah, jawapan yang mugkin diberikan seperti berikut:
  1. Senang nak ulangkaji pelajar 
  2. Boleh skor dengan baik dalam subjek tersebut
  3. Tak perlu pecah kepala nak study banyak-banyak
  4. Sedar diri malas nak study awal-awal sem
  5. Kertas paling tak pun ada jawapan taklah kosong dan lain-lain lagi.....
Ermmm bagi sesetengah pelajar itu baik bagi mereka dan mereka akan dapat pointer yang baik. 

Pada pemikiran penulis, budaya seperti ini adalah tidak baik untuk pelajar dan ia akan memberi implikasi yang negatif. Mengapa penulis berkata sedemikian? Adakah penulis ni "bajet bagus" atau "berlagak genius"? Tidak, bukanlah maksud penulis begitu. Di sini penulis datangkan hujah menolak budaya tersebut kerana ia memberi kesan yang buruk:
  1. Penguasaan ilmu terhadap subjek tersebut amat lemah
  2. Melahirkan pelajar yang malas dan tidak mahu berusaha keras
  3. Merencatkan daya fikir mahasiswa
  4. Pemikiran tahap IPT sukar dibentuk kerana terbiasa dengan tabiat "suka disuap"
  5. Pelajar hanya belajar untuk peperiksaan dan pointer bukan ilmu 
  6. Melenyapkan manhaj ilmu dan lain-lain.....
Walau bagaimanapun, pasti sebahagian pembaca mengatakan penulis menyalahkan pensyarah kerana ada pensyarah yang buat begitu. Ok, kalau begitu kata kamu penulis bertanya sedikit soalan. Memberi soalan spot itu hak pensyarah kerana mereka yang membuat soalan dan mereka juga faham mengenai kondisi pelajar. Namun begitu, 
  1. Apakah persediaan kamu untuk diri kamu untuk menjadi insan yang berilmu dan bakal diletakkan sebagai rujukan oleh masyarakat? 
  2. Adakah masyarakat akan bertanyakan soalan yang sebiji macam apa yang pensyarah kamu ujikan sedangkan kamu hanya "faqih" dan "alim" dengan soalan spot sahaja?
  3. Bagaimana pula kamu ingin berdakwah dengan masyarakat sedangkan pengetahuan kamu amat tohor? 
  4. Bagaimana pula sekiranya datang dakyah dan dogma atau doktrin yang menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar sedangkan kamu tidak ada sebarang maklumat langsung mengenainya? 
Penulis teringat kata-kata seorang bijak pandai yang agak merentap ni (lebih kurang), "Pelajar akhir zaman ni mereka menyumbat seluruh ilmu di dalam mulutnya lalu dimuntahkan di dalam peperiksaan". Fuhhh dahsyat sungguh. Sebab itulah tak hairan bila ada diploma ke degree ke tapi ilmu masih ke laut. Amat menyedihkan bukan?


Itulah sedikit perkongsian untuk kita sama-sama fikirkan sejauh mana tahap pengetahuan kita sekarang dan apa yang perlu kita lakukan. Ini sekadar pandangan penulis. Siapa-siapa rasa tak betul tak pe. Itu hak masing-masing. Lagipun kita dah boleh berfikir dan memilih mana yang terbaik untuk diri kita. Tepuk dada tanya selera. Ok, sudah maghrib pun mari kita solat la yew. Insya Allah kalau ada jodoh kita berjumpa lagi di masa akan datang. Sekian...


اللهم فقهنا في الدين وعلمنا تأويل

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته






Friday, 16 October 2015

KITA SEMBANG-SEMBANG SIKIT....


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله على كل حال, والصلاة والسلام على النبي الكمال وعلى آله وصحبه أجمعين

أما بعد... 


Sudah lama tangan ini tidak menari rancak di atas papan kekunci dengan rentak menurut melodi profesional dan intelektual. Bukan apa, idea sentiasa membusungkan minda tetapi sukar untuk dipahat di atas lembaran. Hanya mampu dizahirkan dengan lisan semata-mata. Walau bagaimanapun, hari ini 17/10/ 2015 tepat jam 11.42 pagi (menurut waktu di laptop) selagi lagi penulis diberi peluang menulis sesuatu yang hanya "goreng-goreng" sahaja tidak terlalu formal dan tidak pula terlalu serius. Hanya ingin berkongsi sesuatu untuk tatapan pembaca sekalian.

Alhamdulillah, penulis baru selesai daripada menduduki peperiksaan akhir semester 3 dan sekarang penulis sedang "berhibernasi" di rumah selama sebulan sebelum memulakan musim semester yang baru. Untuk pengetahuan pembaca, berikut merupakan subjek yang saya pelajari sepanjang semester lepas beserta target grednya sekali, mohon doa pembaca sekalian agar saya dapat anugerah dekan lagi yew :-) :

  1. English Languange 2- A
  2. Usul Feqh (أصول الفقه) -  A+
  3. Kaedah Feqh (القواعد الفقهية) - A
  4. Feqh Ahwal Syakhsiyyah (فقه الأحوال الشخصية)- A+
  5. Bahasa Arab 2 (اللغة العربية 2) - A+
  6. Akhlak Islamiah (الأخلاق الإسلامية) - A-
Sepanjang pengajian, pelbagai suka duka dan pahit manis yang penulis tempuhi baik penulis sendiri dan sahabat baik admin. Namun begitu, sebagai mahasiswa penulis perlu menempuhinya dan menelan segala-galanya untuk mencapai apa yang diniatkan. Bak kata peribahasa Melayu "kalau tak pecah di ruyung masakan dapat sagunya". Penulis ingin berkongsi sedikit kisah sedih (tak la sedih mana pun) dan kisah "happy go lucky" (yang ni best) kepada pembaca. Harap-harap sekalian pembaca terhibur dengan kisah yang tak seberapa ni. 

Penulis ni seorang yang agak simple dalam berpakaian baik di luar atau ke kuliah. Walaupun pihak kolej menggariskan panduan dan etika berpakaian (kena pakai kemeja, songkok, tali leher, kasut bla bla bla), penulis ni jenis "main redah" saja. Penulis kadang kala datang ke kuliah hanya pakai T-Shirt atau Baju Raihan dan berselipar (baru rare kata orang). Tetapi biasalah orang, tak ada cerita buka cerita seperti orang yang jakun tak pernah lihat "attire" sebegitu. Tambahan pula, sebahagiannya seperti cacing kepanasan apabila penulis berpakaian seperti itu. Pada suatu hari, penulis ada bergambar dengan beberapa sahabat. Rupa-rupanya tidak disangka-sangka bahawa gambar itu mendapat bualan hangat lagi panas dalam kalangan pelajar. Jenis puak-puak cakap belakang ni apabila kita lalu-lalang depan dia tak ada pula dia nak cakap. Walau bagaimanapun, hal itu tidak sedikit pun menjejaskan penulis sebab guru-guru penulis tiada sebarang kritikan mengenainya. Mungkin pelajar tempat penulis belajar lebih "thiqah" dan "faqih" dengan pakaian yang formal (Husnu Zon). Ye la kita sedar siapa diri ini. Muka tak hencem, pandainya pun tidaklah sangat. Ikut koranglah, aku tak hadap nak melayan "kontroversi" yang tah apa-apa ni.

Ok, final is around the corner. Peperiksaan akhir yang mendebarkan sedah tiba. Semuanya dengan muka ala-ala "syadid" belaka. Persediaan perlu dilakukan. Meh kita lihat "check- list" sebelum peperiksaan:

  1. Kad matrik
  2. Slip Kemasukan Dewan Peperiksaan
  3. IC (gila kalo tak de)
  4. Alat tulis
  5. Nota dan kitab
  6. Pensyarah (Aim untuk tanya keluar apa)
Sepanjang minggu peperiksaan, penulis belajar berkumpulan bersama geng-geng satu kepala. Berbekalkan nota dan papan putih, kita mulakan study nya. Paling tak boleh dilupakan, habis menelaah lepak kat kedai mamak sampai 1-2 pagi padahal pagi esok exam (macam tak ada apa-apa kan?). Masuk dewan peperiksaan, macam-macam perasaan wujud. Tapi nak wat camne, tak nak exam ulang balik subjek tu. Ah, lanyakk je la hehe! Sebenarnya, menurut pemerhatian penulis, pelajar (sebahagian sahaja) ni mereka akan belajar apabila peperiksaan. Aduhai, pelik benar tabiat sebegini. Kalau takde exam? Tak tidur main, tak main merayap, tak merayap siapkan tugasan. Begitulah life mahasiswa yang boleh dikatakan membosankan. Memang katak orang jumud dan tak berkembang. Pergi kuliah balik kuliah. Perghhhh bosan betul.

Penulis nak share sikit beberapa gambar kenangan sepanjang semester 3 ni. Meh kita saksikan bersama-sama....

*PERINGATAN: Jika gambar ini membuatkan anda panas, sila keluar daripada blog ini segera. Kepanasan anda ialah tanggungjawab anda. Harap maklum hahaha


(Masa awal-awal sem dalam kuliah Kaedah Fiqh. Yang sebelah kiri penulis tu Presiden Kelab Syariah, Zud Yahya)



(Raya AidilFitri 2015 bersama saudara-mara)


(Penggemar buku. Yang pakai baju merah tu kawan rapat, Abid manakala yanng tengah-tengah tu senior penulis, Abang Daus)


(Kuliah Finale Akhlak Islamiah bergambar dengan pensyarahnya iaitu Ustaz Abdul Rasyid Lahu Muhammad)


(Satu daripada kuliah Akhlak Islamiah bersama Ustaz Rasyid)


(Gambar pensyarah Feqh Ahwal Syakhsiyyah, Ustaz Yazid Bin Baharin)


(Gambar inilah yang dapat "liputan" hehehe. Kira femes gaklah aku ni)


(Counting English's carry mark with Miss Sakinah)


(Sebelum pertandingan pidato KKIM)

(Selepas pertandinngan pidato KKIM)


(Hari terakhir sebelum exam bersama Ustazah Sumiyah, Pengajar Bahasa Arab)


(Gambar paling epik kawan rapat, Cem)


(Suasana ulangkaji)


(Sebelum exam Akhlak Islamiah)


(Ok, posing sikit...)


Akhir sekali, penulis berharap apa-apa yang dinukilkan di sini tidak menyentuh perasaan siapa-siapa. Ye la penulis tak dapat mungkin di ada dalam kalangan yang terbaca blog ni "haters" tapi ye pun kalau benci simpan dalam je la ye. Tak perlu nampak sangat kan kan kan. Ok, kita pun nak berhenti seketika untuk masa ini dan moga-moga bertemu di lain waktu Insya Allah. Sekian....



 إلى الله أستعين وإليه توكلت على ما فعلت والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته